ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  CHTF 2017: LAPAN ACARA PENTING YANG ANDA TIDAK MAHU TERLEPAS PANDANG

Wednesday 15/11/2017



SHENZHEN, China, 15 Nov -- (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China (CHTF) ke-19, yang dikenali sebagai pameran teknologi Nombor 1 China, akan berlangsung dari 16 hingga 21 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen. Bertemakan "Pembangunan yang Didorong oleh Inovasi dan Peningkatan Kualiti Bekalan" pada tahun ini, pameran itu akan meliputi pemuliharaan tenaga & perlindungan alam sekitar, IT generasi baharu, biologi, pembuatan peralatan mewah, tenaga baharu, bahan baharu, dan kenderaan tenaga baharu. Berikut adalah lapan acara penting pada CHTF 2017.

1. AI
Produk-produk AI akan dipaparkan di semua kawasan pameran. Pempamer akan membawa produk AI mereka yang terbaharu dan mengumumkan pelancaran global/ domestik di CHTF.

2. Kerjasama "One Belt, One Road"

Pavilion antarabangsa dan kawasan "Belt & Road" akan menyaksikan pempamer dari lebih 30 buah negara dan organisasi antarabangsa termasuk Argentina, Republik Czech, Jerman, Greece, Rusia, Korea Selatan, Sweden, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. 27 daripada mereka akan datang dari negara-negara "One Belt, One Road". Argentina dan Papua New Guinea akan turut serta buat kali pertama.

3. Pembangunan Kawasan Teluk Greater Guangdong - Hong Kong - Macau

Zon pameran "Teknologi Hong Kong" dan Pavilion Macau akan dipaparkan di CHTF. Forum sidang kemuncak "Hari Hong Kong" akan juga diadakan.

4. Lima kawasan pameran baharu

Lima kawasan pameran profesional baharu akan ditambah, iaitu Penjagaan Kesihatan Pintar Bahan Baharu, Teknologi Bersepadu Tentera-Awam, Teknologi & Aplikasi Sensor dan Perniagaan yang baru ditubuhkan.

5. Pesta teknologi di peringkat kebangsaan

Pameran Hi-Tech Kebangsaan CHTF 2017 yang disokong oleh kerajaan akan menjemput perusahaan, institusi, projek-projek model negara, pusat-pusat, makmal-makmal, pusat-pusat R&D dan kesatuan-kesatuan industri. Ia akan memberi tumpuan kepada strategi teknologi negara, projek-projek penting, industri-industri baru muncul yang strategik, penyatuan perindustrian dan maklumat, pembaharuan struktur pembekalan dan pembangunan hijau.

6. Pembangunan "Impian Angkasa Lepas China"

Pameran Teknologi Aeroangkasa & Penerbangan CHTF akan memaparkan teknologi barisan hadapan dan pencapaian teknologi tinggi dalam lapan bidang yang disokong kerajaan: avionik, pengemudian satelit, dron, bahan aeroangkasa, teknologi dan peralatan pembuatan ketepatan, mikrosatelit, kawalan ekologi ruang & pemantauan kesihatan, dan perkhidmatan penerbangan am.

7. Pembangunan hijau

Tiga pameran, iaitu Pemuliharaan Tenaga & Perlindungan Alam Sekitar, Tenaga Baharu, dan Bangunan Hijau, akan mencerminkan trend perlindungan alam sekitar antarabangsa dan pembangunan industri alam sekitar China.

8. Ahli akademik dan pakar-pakar

CHTF 2017 akan mengadakan tujuh forum tema, dengan lebih 60 ucapan dan pelbagai laporan penyelidikan. Lebih 70 ahli akademik dan pakar akan hadir sebagai penceramah jemputan.


Hubungi
Pameran Hi-Tech China
Yang Dan, 86 755 8284 8695
http://www.chtf.com/english/
yangd@chtf.com
 
Sumber: Pameran Hi-Tech China
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171114006439/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.