ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  "GRAIN" MEMENANGI GRAND PRIX TOKYO PADA FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-30

Tuesday 14/11/2017



AsiaNet 70937

TOKYO, 9 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-30 (TIFF), yang diadakan dari 25 Oktober hingga 3 November, berakhir dengan pengumuman mengenai pemenang pada Majlis Penutupan pada hari terakhirnya. Pada tahun ini, TIFF menayangkan 231 filem dan 63,679 peminat filem menghadiri penayangan itu. Grand Prix Tokyo dianugerahkan kepada "Grain" yang diarah oleh Semih Kaplanoglu. Bagi pemenang untuk anugerah di dalam semua bahagian, sila lihat di bawah.

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201711087727/?images)
 
- Bahagian Pertandingan
Grand Prix Tokyo: "Grain" (diarah oleh Semih Kaplanoglu)
Hadiah Juri Khas: "Crater" (diarah oleh Silvia Luzi, Luca Bellino)
Anugerah bagi Pengarah Terbaik: Edmund Yeo ("AQERAT (We the Dead)")
Anugerah bagi Pelakon Wanita Terbaik: Adeline D'Hermy ("Maryline")
Anugerah bagi Pelakon Lelaki Terbaik: Duan Yihong ("The Looming Storm")
Anugerah bagi Sumbangan Artistik Terbaik: "The Looming Storm" (diarah oleh Dong Yue)
Anugerah bagi Lakon Layar Terbaik oleh WOWOW: "Euthanizer" (ditulis dan diarah oleh Teemu Nikki)
Anugerah Penonton: "Tremble All You Want" (diarah oleh Akiko Ooku)
 
- Bahagian Masa Hadapan Asia
Anugerah Filem Masa Hadapan Terbaik Asia: "Passage of Life" (diarah oleh Akio Fujimoto)
Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun: Pengarah Akio Fujimoto ("Passage of Life")
 
- Bahagian Splash Pawagam Jepun
Anugerah Gambar Terbaik: "Of Love & Law" (diarah oleh Hikaru Toda)
 
- Anugerah SAMURAI: Penggubah dan pemuzik Ryuichi Sakamoto

- Anugerah Batu Permata: Mayu Matsuoka (pelakon wanita "Tremble All You Want"), Shizuka Ishibashi (pelakon wanita "THE TOKYO NIGHT SKY IS ALWAYS THE DENSEST SHADE OF BLUE"), Adeline D'Hermy (pelakon wanita “Maryline”), Daphne Low ( pelakon wanita "AQERAT (We the Dead)")

Dalam pemberian hadiah itu kepada Kaplanoglu, presiden juri Tommy Lee Jones berkata, "Kami kagum dengan penghayatan filem ini mengenai pemahaman umum di kalangan semua orang melalui satu pengalaman mitos yang dikongsi bersama." Beliau kemudian berkongsi pemikiran beliau sendiri mengenai TIFF ke-30, dengan memuji ahli-ahli rakan juri, dengan menyifatkan mereka sebagai "pembuat filem yang sangat pintar dan mereka yang bertimbang rasa." Beliau juga menyatakan bahawa mereka mempunyai adunan yang bersifat sangat antarabangsa, dengan berkata, "Kami bercakap lima bahasa yang berbeza dan memerlukan lima penterjemah yang berlainan...ibarat seperti berada di Bangsa-bangsa Bersatu! Akan tetapi kami lebih lucu berbanding dengan Bangsa-bangsa Bersatu." Jones juga menyatakan perasaannya tentang TIFF dan mengenai pilihan muktamad juri: "Festival-festival, pada tahap yang terbaik, bertujuan untuk melegakan pembuat filem dan penonton daripada tuntutan komersial yang ketat," dan menambah, "Sebagai pembuat filem, kami tidak dilahir dan dibesarkan untuk membuang masa anda, kami telah dilahirkan untuk memperbaikinya -- dan saya tahu bahawa saya boleh bercakap bagi pihak juri ini apabila saya berkata bahawa kami akan terus menjadi hamba yang merendah diri dan setia berkhidmat untuk anda."
 
Laman Web Rasmi:
Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-30: www.tiff-jp.net/en/
 
 
SUMBER: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF)

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.