ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  "PASSAGE OF LIFE" OLEH AKIO FUJIMOTO MEMENANGI "ANUGERAH SEMANGAT ASIA OLEH PUSAT ASIA YAYASAN JEPUN" PADA FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-30

Monday 13/11/2017



AsiaNet 70936

TOKYO, 9 Nov., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pada Majlis Penutupan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-30 pada 3 November, "Passage of Life," yang diarah oleh Akio Fujimoto, telah memenangi Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun. Anugerah itu telah diberikan kepada seorang pengarah yang sangat berbakat di dalam bahagian Masa Hadapan Asia TIFF, yang dipilih oleh dua ahli juri kerana peluangnya untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa di luar jangkauan sempadan kebudayaan dan kebangsaan. Fujimoto, yang merupakan pengarah filem cereka buat pertama kali, telah disertai di atas pentas oleh "keluarga" yang muncul di dalam filem itu, yang kesemuanya adalah merupakan pelakon bukan profesional, dan berkata, "Saya gembira kerana kami dapat membuat filem ini dengan kerjasama Jepun dan Myanmar."
 
(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201711077689/?images)
 
"Passage of Life" juga telah memenangi Anugerah Filem Masa Hadapan Terbaik Asia. Anugerah paling berprestij pada festival itu, Grand Prix Tokyo, telah diberikan kepada Semih Kaplanoglu untuk filem "Grain."
 
- Pusat Asia Yayasan Jepun Mempersembahkan CROSSCUT ASIA #04: Apa Seterusnya dari Asia Tenggara
Siri CROSSCUT ASIA Pusat Asia Yayasan Jepun mempamerkan filem-filem Asia dengan satu tumpuan kepada negara, pengarah dan tema yang khusus semasa festival itu. Berikutan tiga edisi yang pertama, yang menampilkan Thailand, Filipina dan Indonesia, edisi keempat merangkumi sebuah kawasan yang lebih luas di Asia Tenggara untuk menandakan ulang tahun ke-50 pembentukan ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara). Semasa festival itu, yang berlangsung dari 25 Oktober hingga 3 November, CROSSCUT ASIA memperkenalkan 13 buah filem dari Asia Tenggara, termasuk sembilan filem cereka dan empat filem pendek.
 
CROSSCUT ASIA pada tahun ini memberi tumpuan kepada salasilah pawagam di Asia Tenggara kerana maestro berkenaan menyerahkan baton itu kepada generasi akan datang. Ia memperkenalkan karya-karya seperti “Kristo” oleh pengarah HF Yambao (2016), disyorkan oleh Brillante Ma Mendoza; "Pop Aye" oleh Kirsten Tan (2017), disyorkan oleh Eric Khoo; "In April the Following Year, There Was a Fire" oleh Wichanon Somumjarn (2012), disyorkan oleh Apichatpong Weerasethakul; dan filem-filem pendek oleh pengarah-pengarah muda Kemboja yang disyorkan oleh Rithy Panh.
 
- Simposium: Mendapatkan Pengiktirafan Dunia dari Asia Tenggara, Bintang-bintang yang Meningkat Naik Mencabar Bentuk-bentuk Baru Pembuatan Filem"
Pada 27 Oktober, Kirsten Tan dari "Pop Aye," B.W. Purba Negara dari "Tales of the Otherwords", HF Yambao dari "Kristo" dan Brillante Ma Mendoza, yang mengesyorkan "Kristo," muncul di simposium itu bersama-sama dengan Kenji Ishizaka, Pengarah Pemprograman bagi CROSSCUT ASIA #04. Tan berkata bahawa beliau bergelut untuk menguruskan begitu ramai kru dan pembantu untuk haiwan itu. "Gajah itu mungkin merupakan pelakon terbaik dalam filem saya kerana ia tidak berlakon, ia hanya melakukan mengikut caranya sendiri," kata Tan. Negara berkongsi pengalamannya bekerja dengan pelakon-pelakon bukan profesional, termasuk seorang bintang berusia 95 tahun. "Kadang-kala beliau membuat secara improvisasi dan kadang-kadang untuk tempoh yang terlalu lama, tetapi tidak mengapa kerana saya bekerja di dalam pembikinan dokumentari." Yambao, yang dibimbing oleh Mendoza, bekerja dengan bajet yang sangat terhad dan merakamkan filem itu dalam masa lima hari. "Saya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang pentas, dan hanya pergi ke acara-acara sebenar yang dipaparkan di dalam filem itu." Mendoza mendedahkan cara beliau membuat filem, seperti tidak menyediakan skrip kepada pelakon untuk menghasilkan lakonan yang segar. Mengenai projek baharu, Yambao sedang menyiapkan sebuah cerita tentang mengapa beliau membuat filem, sementara Negara sedang menghasilkan sebuah filem mengenai suatu kesenian tradisional Indonesia.
 
- Pusat Asia Yayasan Jepun/ Seminar UNIJAPAN:
Belajar dari Filipina! Mempromosikan lokasi-lokasi filem: Pelajaran untuk Jepun
Sebilangan besar karya-karya agung yang terkenal di dunia, seperti "Apocalypse Now," telah dirakamkan di Filipina. Walau bagaimanapun, filem-filem bajet besar yang berkaitan dengan Jepun, seperti "Silence" dan "Ghost in the Shell," tidak difilemkan di Jepun. Pada seminar itu pada 26 Oktober, wakil Majlis Pembangunan Filem Filipina, Liza Dino-Seguerra, dan Naib Presiden pelesenan dan pemerolehan Viva Communications Tina B. Tubongbanua, pengarah Hideo Nakata, wakil Suruhanjaya Filem Sapporo Arifumi Sato dan Pengarah Pemprograman Masa Hadapan Asia Kenji Ishizaka bercakap tentang kenapa Filipina menjadi sebuah destinasi kegemaran untuk produksi filem asing dan kemungkinan untuk Jepun.
 
"Kami berhasrat untuk menjadi sebuah pusat sehenti bagi penerbitan asing," kata Dino-Seguerra. Kos yang rendah dan akses yang mudah adalah di antara beberapa sebab mengapa Filipina sangat popular untuk penggambaran. Menurut Nakata, organisasi Jepun, termasuk kerajaan tempatan dan agensi-agensi keselamatan, mempunyai peraturan yang ketat untuk penerbitan antarabangsa yang membuat penggambaran filem agak sukar, dan tidak mengetahui bahasa Inggeris juga merupakan satu masalah. Bagaimanapun, Sato berkata bahawa Sapporo semakin menjadi popular untuk penerbitan filem Filipina dan Asia kerana komisen filem tempatan yang mesra dan lokasi yang indah. Sebagai contoh, "I See You" aka "Kita Kita" adalah sebuah indie Filipina yang popular berikutan penerbitannya pada Julai 2017.
 
Laman Web Rasmi:
Pusat Asia Yayasan Jepun: http://jfac.jp/en/
Festival Filem Antarabangsa Tokyo: http://2017.tiff-jp.net/en/
 
 
SUMBER: Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF)

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.