ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  NGC ENERGY MEMBERI SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK SEMPENA ULANG TAHUNNYA YANG KE-5

Monday 13/11/2017



KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-5, NGC Energy, perintis dalam penyelesaian Gas Petroleum Cecair (LPG) telah menganjurkan majlis makan tengah hari amal di Kuala Lumpur pada 8 November untuk kira-kira 25 golongan kurang bernasib baik daripada Rumah Titian Kaseh, sebuah rumah perlindungan di Titiwangsa.  

Pada majlis tersebut, NGC telah menyampaikan sumbangan barangan isi rumah harian termasuk pencuci dan pelembut pakaian, makanan dan minuman serta beg alat tulis untuk anak-anak yatim.

Pengurus Besar NGC, Puan Julianna Kamaruddin, berkata bahawa sumbangan ini bertujuan meringankan beban dan kesusahan sesetengah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

Bagi tahun-tahun sebelumnya, NGC telah membuat sumbangan dan penajaan secara berterusan kepada pelbagai organisasi kebajikan seperti Majlis AIDS Malaysia, Yayasan AIDS Malaysia dan MERCY Malaysia.

NGC Energy ditubuhkan pada 8 November 2012 dan memiliki tiga loji pengisian LPG di Port Dickson, Johor dan Ipoh. Silinder ikoniknya, iaitu MiraGas berwarna kuning telah menyemarakkan kualiti kehidupan negara, memastikan pengedaran gas memasak ke seluruh Semenanjung Malaysia, dengan piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Puan Julianna yang berbesar hati dengan pencapaian ini juga turut mengucapkan tahniah kepada kakitangan syarikat yang telah memacu NGC selama lima tahun ini dan kepada para pelanggan atas sokongan yang diberikan.

MENGENAI RUMAH TITIAN KASEH
Rumah Titian Kaseh yang terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1988. Pusat perlindungan ini merupakan organisasi kebajikan yang menyediakan rumah dan perlindungan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim. Rumah Titian Kaseh mempunyai tiga tempat perlindungan, yang mana dua daripadanya terletak di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan yang terakhir terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

SUMBER : NGC Energy Sdn. Bhd.
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NGC Energy Sdn. Bhd.
Nama : Azharul Nizam Roslan
Pegawai Perhubungan
Tel : 03-2332 8022
Emel : azharul.nizam@ngcenergy.com
 
Talian Khidmat Pelanggan 1-300-88-5808
Emel: LPG-customer-service-centre@ngcenergy.com
Layari: www.ngcenergy.com.my
 
Rumah Titian Kaseh
Tel : 03-40235769
Emel: rumahtitiankaseh.sharifah@gmail.com  
Layari: www.rumahtitiankasih.blogspot.my/
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.