ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN TIENS DIPILIH KE DALAM PROJEK PUBLISITI JENAMA KEBANGSAAN CHINA

Monday 06/11/2017



AsiaNet 70892

BEIJING, China, 6 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Kumpulan Tiens yang beribu pejabat di Tianjin tetapi aktif di peringkat global telah dipilih ke dalam Projek Publisiti Jenama Kebangsaan oleh Agensi Berita Xinhua pada 31 Oktober di Beijing.  

Tiens adalah merupakan anggota korporat ke-17 bagi projek itu, yang dilancarkan oleh agensi kebangsaan China Agensi Berita Xinhua untuk mengukuhkan daya saing ekonomi negara itu melalui pembinaan kemasyhuran jenama-jenama China di dalam negeri dan di luar negara.

Liu Zhengrong, naib presiden dan setiausaha agung bagi Agensi Berita Xinhua, dan Li Jinyuan, pengerusi dan presiden bagi Tiens, menghadiri majlis penandatanganan itu di antara kedua-dua belah pihak pada 31 Oktober.

Tiens memasuki pasaran antarabangsa hanya dua tahun selepas penubuhannya di pinggir pantai Tianjin oleh Encik Li Jinyuan pada tahun 1995. Sebuah konglomerat antarabangsa yang memiliki modal perindustrian, perdagangan dan kewangan dengan kepentingan di dalam bidang yang merangkumi teknologi biologi, pengurusan kesihatan, industri hospitaliti, pelancongan, pendidikan, e-dagang dan pelaburan kewangan, Tiens mempunyai cawangan di 110 buah negara dan wilayah dengan pengaruh perniagaan di lebih 190 buah negara.

Syarikat antarabangsa persendirian China itu yang berjaya atas usaha sendiri, dengan menjalin kerjasama dengan perusahaan terkemuka dunia, telah membina sebuah empayar perniagaan, terutamanya di luar China, berdasarkan kepada pelbagai jenis produk kreatif mengenai penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit, kosmetik dan barangan isi rumah.

Menurut Tiens, ia menawarkan sebuah pangkalan pengguna yang stabil yang terdiri daripada 40 juta keluarga di seluruh dunia.

Membandingkan syarikat itu untuk menjadi satu ibarat suatu "genggaman" dan dapat "mendakap ke seluruh dunia apabila tangannya dibuka", Encik Li Jinyuan dari Tiens melihat kepada sebuah rangkaian perniagaan global yang melibatkan kesemua negara, menunjukkan kepada tiga tugas yang tinggi di dalam agenda syarikat itu, iaitu, globalisasi seterusnya, platform perniagaan yang lebih mantap, dan ruang pertumbuhan yang lebih luas.

Tiens nampaknya telah mengalihkan sebahagian daripada tumpuannya ke China, dengan mendirikan sebuah universiti yang komprehensif di Tianjin, jiran yang hampir dengan Beijing.

Dengan menjalin perkongsian dengan Xinhua, di mana outlet beritanya bertaburan merentasi ke seluruh China dan di lebih 180 buah negara di seluruh dunia, Tiens mungkin mencapai pengaruh yang seimbang, baik di dalam negeri  mahupun di luar negara.

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=300064  
 
Sumber: Kumpulan Tiens 

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.