ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 21, 2024 -Ahad

 
  PEMBUKAAN AKADEMI LATIHAN BAGI PERKHIDMATAN TEKNIK PEMAMPAT ATLAS COPCO PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Monday 06/11/2017



KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat berpangkalan dari Sweden, Atlas Copco memperkenalkan Akademi Latihan Asia Tenggara pertamanya di Kuala Lumpur hari ini.
 
Majlis pembukaan dan perasmian Pusat Akademi Latihan berkenaan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II di premis Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd di Kota Kemuning.
 
Acara penuh bermakna itu turut disertai H.E. Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt; Naib Presiden Pembangunan Kompeten dan Komunikasi Atlas Copco, Peter Leemans; Pengurus Besar Teknik Kompressor Atlas Copco Malaysia dan Singapura, Dereck Devlin dan Naib Presiden SEA Holding, Horst Wolfgang Wasel dalam upacara perasmian dan pemotongan reben.
 
Acara istimewa itu turut disaksikan oleh para pelanggan syarikat, Pengurus Besar Atlas Copco mewakili Filipina, Thailand dan Vietnam serta kakitangan di Malaysia.
 
Pembukaan Pusat Akademi Latihan ini adalah antara peristiwa penting dan pencapaian Atlas Copco di Malaysia. Malaysia dipilih sebagai pusat latihan serantau dengan tujuan untuk membangun dan meningkatkan tahap kecekapan juruteknik syarikat di rantau Asia Tenggara.  

Misi utama bagi akademi latihan itu adalah untuk memastikan bakat yang bersama Atlas Copco di seluruh dunia dilengkapi dengan kompetensi yang tepat melalui latihan dan hasil yang memberangsangkan.
 
Ketika ini, Atlas Copco mempunyai Akademi Kadet di Filipina untuk graduan baru dan Malaysia akan menjadi pusat untuk latihan pengalaman secara praktikal. Kemudahan ini mempunyai dua bilik latihan, bilik kawalan dan pemantauan serta bilik pemampat dilengkapi dengan pelbagai mesin yang berbeza untuk latihan praktikal.
 
“Pusat latihan ini akan beroperasi dan menyediakan sekitar 50 kursus latihan setiap tahun sekali gus menjadikannya sebanyak 700 hari latihan. Bagi tempoh jangka masa panjang, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan dan sokongan kelas pertama dengan membangun hubungan erat antara pelanggan dan pemain industri di sini di samping di negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
 
Kami juga bekerjasama dengan universiti tempatan dan politeknik seperti Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Malaya, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk pembangunan bakat tempatan. Kami menawarkan latihan dalam semua aspek perniagaan. Dengan pusat latihan baru ini, kami akan dapat menawarkan pengalaman praktikal latihan kejuruteraan dalam persekitaran yang selamat," kata Dereck D Devlin, Pengurus Besar Atlas Copco Malaysia dan Singapura.
 
Tambah beliau, mesin yang terdapat di Atlas Copco adalah antara pemampat yang paling cekap di dunia dan adalag syarikat pemampat pertama yang diberikan pengiktirafan dengan pensijilan Hijau MyHijau bagi rangkaian mesin GA VSD+. 

About Atlas Copco
Atlas Copco is an industrial group with world-leading positions in products and services. Founded in 1873, based in Stockholm, Sweden, we have more than 140 years’ experience in innovating and delivering solutions for sustainable productivity. Customers benefit from our innovative compressors, vacuum solutions and air treatment systems, construction and mining equipment, power tools and assembly systems.

The Group’s global reach spans more than 180 markets, including own operations in more than 90 countries. With a steadfast and growing employees’ record of 45,000, Atlas Copco worldwide takes its phenomenal network committed to customer value to the next level of evolution.

Atlas Copco Malaysia has its headquarters in Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor with branches in Penang and Johor Bahru. From a modest set-up of 10 employees comprising sales, administration and technicians, we defiled stereotyped industrial conventions, through innovative inventions and empowering people performance; building its milestones of accomplishments despite trials and tribulations, to thrive solid and steadfast today, having grown since to over 150 staff force.

With its Malaysian presence established in 1982, the company brings 35 years of experience and service to its customers in the country.

Atlas Copco’s Compressor Technique business area provides compressed air solutions; industrial compressors, gas and process compressors and expanders, air and gas treatment equipment and air management systems. The business area has a global service network and innovates for sustainable productivity in the manufacturing, oil and gas, and process industries.

SUMBER : Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nam : Dereck D Devlin
General Manager
Tel : +603 5123 8888
Emel : dereck.devlin@my.atlascopco.com

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.