ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  JIANGMEN MUNCUL SEBAGAI SEBUAH PERMULAAN MANTAP UNTUK KAWASAN TELUK GREATER GUANGDONG-HONG KONG-MACAO

Monday 06/11/2017



AsiaNet 70881

JIANGMEN, China, 6 Nov., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Sebagai tanah air yang paling terkenal bagi orang Cina di luar negeri, Jiangmen telah berusaha untuk mewujudkan sebuah kluster perindustrian yang berinovatif yang dikenali sebagai "Qiaomengyuan" (Inkubator Impian bagi Orang Cina di Luar Negeri), mewujudkan sebuah modal permulaan 2 bilion yuan dan dana pembangunan inovasi dan membina sebuah hab pengangkutan untuk tebing barat di Sungai Pearl. Menurut Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Jiangmen, semua usaha ini direka bentuk untuk mengumpulkan  orang Cina di luar negeri yang berbakat dan mempercepatkan pembukaan. 

Hampir empat juta orang Cina di luar negeri dari 107 buah negara dan wilayah menganggap Jiangmen sebagai negeri nenek moyang mereka, menjadikan ia dianggap sebagai tanah air bagi orang Cina di luar negeri. Untuk sekian lama, sebarang perubahan kepada bandar raya itu telah membangkitkan emosi yang kuat di kalangan orang Cina di luar negeri di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 1995, Li Wenda, presiden bagi Kumpulan LEE KUM KEE, yang masyhur sebagai "Kerajaan Sos" menempatkan kilangnya yang terbesar di Daerah Xinhui di Jiangmen. Syarikat itu kini mewakili sebuah gergasi makanan tempatan, yang pengeluarannya telah melepasi 20 bilion yuan. "Xinhui adalah kampung halaman saya dan asal usul bagi LEE KUM KEE," kata Li. Menjelang akhir tahun 2016,  Jiangmen telah menerima sumbangan bernilai HKD 7.41 bilion dan sejumlah pelaburan sebanyak USD 23.61 bilion dari orang Cina di luar negeri.

Sebagai sebuah sumber yang amat diperlukan, bakat juga mewakili bahagian yang paling dinamik dan aktif bagi aktiviti untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan. Jiangmen tetap komited untuk menghubungkan dunia melalui orang Cina di luar negeri. Begitulah bagaimana platform inovasi dan keusahawanan mereka untuk orang Cina yang berada di luar negeri di peringkat global, termasuk Kongres Remaja Dunia Jiangmen dan inkubator impian yang disebutkan sebelumnya telah mula wujud. Dikatakan bahawa inkubator impian itu telah menerima lebih daripada 810 bakat-bakat yang berkaliber tinggi dan mempelawa kira-kira 250 projek yang telah ditandatangani atau pasukan yang dirancang. Ini mencadangkan suatu kesan yang mendalam bagi projek dan bakat dalam pembikinannya. Di samping itu, Persidangan Global ketiga bagi Kantonis yang dianjurkan oleh bandar raya itu akan menarik orang Cina di luar negeri dari seluruh pelusuk dunia untuk kembali ke negara asal nenek moyang mereka atau berusaha mencari pelaburan yang berpotensi. Untuk mengembangkan jangkauannya di peringkat global bagi orang Cina di luar negara, ia telah menubuhkan 19 jabatan perhubungan di seluruh dunia.

Perancangan pembangunan bagi kluster bandar di dalam Kawasan Teluk Greater Guangdong-Hong Kong-Macao dilancarkan secara rasmi pada awal tahun ini. Ia bermaksud sebuah kawasan teluk baharu yang bertaraf dunia sedang dibangunkan di muara Sungai Pearl, menyertai kawasan teluk yang terkenal di seluruh dunia seperti di New York, San Francisco dan Tokyo. Sebagai sebuah bahagian penting di Kawasan Teluk di selatan China, Jiangmen menghubungkan Delta Sungai Pearl, Hong Kong dan Macau ke barat Guangdong. Bandar raya itu telah menyalurkan pelaburan berjumlah 4 bilion yuan ke dalam pembinaan sebuah hab pengangkutan bersepadu Stesen Jiangmen, yang, apabila siap nanti, akan menjadi yang terbesar untuk kawasan barat Guangdong. Seperti yang diketahui, Jiangmen merangkumi sebuah kawasan seluas 9,504 kilometer persegi, kira-kira satu perempat saiz Delta Sungai Pearl. Dengan kepadatan pembangunan hanya 11.6 peratus, ia mempunyai ruang luas yang cerah bagi pembangunan dan keunggulan di dalam keupayaan galas.
Apa yang wajar dinyatakan di sini adalah Zon Ekonomi Greater Teluk Guanghai, sebuah kawasan di Delta Sungai Pearl yang tidak diterokai. Ia dijangka menjadi di antara zon peringkat wilayah baharu yang terbesar di Guangdong, dengan sebuah kawasan yang dirancang di sekitar 3,240 kilometer persegi dan keamatan pembangunan tanah yang berdiri pada 5 peratus.

Usaha untuk mengintegrasikan pelbagai pensijilan dan lesen ke dalam satu lesen perniagaan yang disatukan telah, sebahagian besarnya, membuka kepada perkhidmatan kerajaan yang lebih baik, dan membawa negara di dalam memperkemaskan pentadbiran, menarik delegasi-delegasi pelawat dari lebih 100 bandar raya. Sementara itu, penubuhan sebuah mekanisme pemantauan bagi senarai caj dan peningkatan pelaburan dalam teknologi telah membantu membentuk sebuah persekitaran perniagaan yang membolehkan. Oleh itu, ia telah menjadi sebuah tumpuan perhatian bagi kemasukan pemimpin-pemimpin industri, seperti Siemens dan Kumpulan Knorr-Bremse, CRRC Guangdong Company dan Guangdong FUWA Engineering Group.

Statistik menunjukkan bahawa Jiangmen adalah kediaman bagi lebih 48 ribu perniagaan kecil dan mikro untuk mempromosikan keusahawanan dan inovasi, memastikan suasana yang baik bagi inovasi. Ia akan menggalakkan perhubungan dan kerjasama di antara orang Cina di luar negeri dan usahawan dalam bidang perniagaan dan perdagangan, budaya, pelancongan dan kecergasan awam. Walaupun mempertahankan dasar-dasar keutamaan bagi perniagaan kecil dan mikro, bandar raya itu akan memperluaskan ruang untuk meningkat kerjasama di dalam industri dan teknologi di dalam Kawasan Teluk.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Jiangmen

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.