ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  BROADSOFT MENGUMUMKAN PENGALAMAN KOMUNIKASI DAN KOLABORASI AWAN BERSEPADU DAN PINTAR BAHARU

Wednesday 25/10/2017



Naik taraf bermanfaat kepada visi komunikasi bersepadu awan BroadSoft Business untuk memberikan pengalaman klien yang intuitif dan konsisten merentasi keseluruhan suit dan mereka semula efisiensi aliran kerja.
 
PHOENIX, 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mendedahkan beberapa peningkatan kepada portfolio BroadSoft Business di persidangan pengguna tahunannya, BroadSoft Connections. Kini memanfaatkan seni bina perkhidmatan mikro, BroadSoft Business menawarkan pengalaman aplikasi yang dikemas kini dan keupayaan generasi seterusnya merentasi aplikasi BroadSoft Business, UC-One, Team-One dan CC-One.
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0df82bc5-5481-4429-9586-bba075849626
 
Pengguna perniagaan pada hari ini dibelenggu oleh pengurusan aliran kerja mereka menerusi berbilang saluran komunikasi - dari e-mel kepada teks kepada aplikasi OTT - dan kerap membuang masa dan tenaga untuk mencari maklumat. Sebenarnya, kajian dari The Economist1 menunjukkan bahawa pekerja yang percaya pejabat mereka menggunakan penyelesaian teknologi mudah alih secara berkesan adalah lebih kreatif, gembira dan produktif semasa bekerja. Sementara itu, perniagaan semakin sedar bagaimana aliran kerja yang tidak efektif dan diulang memberi kesan kepada pekerja bawahan mereka.
 
“Objektif kami dengan BroadSoft Business ialah untuk menyediakan tawaran komprehensif - dari telefoni kepada mesyuarat berkualiti tinggi kepada perkongsian dokumen - untuk memenuhi keperluan semua segmen pasaran,” kata Michael Tessler, presiden dan ketua pegawai eksekutif,  BroadSoft. “Syarikat lain baru mula berbincang tentang cara untuk mengintegrasikan UC dengan platform kolaborasi pasukan, suit aplikasi BroadSoft Business sudah pun mula menepati janji kami tentang produktiviti perniagaan yang lengkap.”
 
Seni Bina Perkhidmatan Mikro Terbuka: Menggalakkan Inovasi Awan yang Pesat
BroadSoft Business kini menyokong seni bina perkhidmatan mikro moden yang menawarkan fungsi penting, seperti BroadSoft Meet dan BroadSoft Hub, yang boleh digunakan merentasi keseluruhan suit aplikasi - UC-One, Team-One dan CC-One - untuk menyediakan pengalaman pengguna akhir yang konsisten, berintegrasi dan pintar.
 
Memperkenalkan BroadSoft Meet: Meningkatkan Kolaborasi Jauh dan Tetamu
BroadSoft Meet ialah bilik mesyuarat dalam talian diintegrasikan secara penuh dan selamat yang dibina untuk membolehkan pasukan maya dan tetamu mereka berkolaborasi dan berhubung menggunakan video HD, suara, mesej dan perkongsian skrin daripada sebarang peranti. Faedah BroadSoft Meet termasuk pengalaman kolaborasi video yang superior dengan 1080p HD penuh pada 20bps di komputer. akses dan keupayaan perkongsian tetamu yang mudah, tidak rumit untuk menyertai tanpa perlu mendail masuk atau menggunakan nombor kod laluan dan pengalaman yang konsisten merentasi aplikasi BroadSoft Business lain.
 
Peningkatan UC-One: Produktiviti Mudah Alih Masa Hadapan
UC-One BroadSoft memperkenalkan pengalaman pengguna dan aliran kerja mudah alih yang dipertingkatkan, dengan halaman mendarat aplikasi web baharu yang membenarkan pelanggan mencipta skrin utama tersuai yang dipasang terus dalam aplikasi mudah alih UC, menyediakan keupayaan khusus untuk fungsi atau vertical tertentu, seperti hospitaliti, sambil memanfaatkan panggilan dan permesejan yang tersedia dengan klien mudah alih UC-One. Baca lebih lanjut di sini.
 
Naik Taraf Team-One: Integrasi Panggilan, Mesyuarat Secara Langsung dan Kandungan Biasa
Team-One BroadSoft telah melanjutkan keupayaan kolaborasinya, mengintegrasikan BroadSoft Meet untuk video HD penuh dan pengalaman mesyuarat audio berkait dengan ruang kerja dan menambah keupayaan akses tetamu pintar, kandungan biasa dipacu AI untuk pasukan dan UX disegarkan dengan teliti dan jejak global yang dipertingkatkan. Baca lebih lanjut di sini.
 
Naik Taraf CC-One: Menyediakan Penyelesaian Lengkap dari Satu Vendor
Kemas kini baharu untuk CC-One BroadSoft termasuk antara muka pengguna (UI) dengan saluran omni terbenam dan keupayaan komunikasi bersepadu (UC) yang baharu, integrasi CRM baharu, pematuhan Aras 1 PCI dan fungsi kempen keluar diautomasikan, yang direka untuk membantu pusat hubungan pasaran dan perusahaan tengah meningkatkan produktiviti ejen dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka. Baca lebih lanjut di sini.
 
BroadSoft Business ialah portfolio diintegrasikan secara penuh untuk aplikasi PBX awan sedia perusahaan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan pusat hubungan, diberikan dalam awan menyediakan kepintaran kontekstual merentasi keseluruhan platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan di satu tempat.
 
Baca lebih lanjut tentang kemas kini BroadSoft Business di sini.
 
Kenyataan Masa Hadapan
 
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan masa hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, kenyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan Broadsoft akibat daripada penggunaan aplikasi BroadSoft Business. Hasil daripada keadaan yang diterangkan dalam kenyataan masa hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh kenyataan masa hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan aplikasi BroadSoft Business serta kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, atau SEC, pada 23 Februari 2017, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini adalah pada 23 Oktober 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini untuk apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Perihal BroadSoft
BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog
 
Hubungan Pelabur:
 
Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com
 
Hubungan Media:
 
Hal berkaitan BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com
 
AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com
 
Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au
 
BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com
 
1 Mobility, performance and engagement, The Economist Intelligence Unit Limited, 2016
 
Sumber : BroadSoft, Inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.