ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERKUALITI MENYUMBANG KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MAMPAN MYANMAR

Monday 23/10/2017



AsiaNet 70648

YANGON, Myanmar dan TOKYO, 23 Okt., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Infrastruktur yang berkualiti tinggi akan memainkan peranan penting di dalam merealisasikan pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang sebenar Myanmar. Peranan penting di dalam pembangunan infrastruktur berkualiti dan peranan yang sangat diperlukan dari Jepun di dalam pembangunan mampan Myanmar merupakan tema utama perbincangan di dalam "Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti -- Membina Masa Depan Asia," yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun.

(Foto1: http://prw.kyodonews.jp/img/201710207062-O1-6Vi20MXl)
 
(Foto2: http://prw.kyodonews.jp/img/201710207062-O2-Oj8m6aKU)
 
Ketika acara itu dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta, perbincangan aktif diadakan mengenai jenis infrastruktur berkualiti yang diperlukan untuk pembangunan mampan Myanmar dan bagaimana Jepun boleh memainkan satu peranan penting.

Kaunselor Kazuyuki Takimi di Kedutaan Jepun di Myanmar menyatakan dalam ucapan pembukaannya bagi pihak Kerajaan Jepun bahawa "infrastruktur berkualiti adalah asas penting bagi negara-negara membangun untuk membangunkan infrastruktur yang sesuai dalam sumber yang terhad." Beliau juga berkata, "Kami akan terus menyumbang kepada pembangunan infrastruktur Myanmar dengan pengalaman, teknologi dan kepakaran Jepun mengenai infrastruktur berkualiti, seperti pengalaman lampau di dalam projek Loji Hidrokuasa Baluchaung No.2 dan Thilawa SEZ."

Mewakili Kerajaan Myanmar, Encik Aung Naing Oo, Ketua Pengarah, Direktorat bagi Pelaburan dan Pentadbiran Syarikat, Kementerian Kewangan dan Perancangan Myanmar, menyambut baik sumbangan Jepun kepada pembangunan negara itu, sambil menambah: "Kami menyedari bahawa pembangunan infrastruktur yang berkualiti adalah penting untuk menggalakkan pelaburan langsung asing ke Myanmar."

Susulan daripada kata-kata aluan itu, Encik Satoshi Takesada, Pengurus Kanan PwC Singapura, menetapkan agenda hari itu dengan satu pembentangan mengenai "Perkara Penting untuk Pertumbuhan Ekonomi Mampan di Myanmar." Menekankan pentingnya suatu perspektif jangka panjang, Encik Takesada menekankan peranan penting bagi infrastruktur berkualiti untuk menggalakkan pelaburan langsung asing yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi mampan di Myanmar.

Semasa dialog itu, ahli panel dari Myanmar dan Jepun juga membincangkan peranan infrastruktur berkualiti di dalam pertumbuhan ekonomi mampan Myanmar. Dikendalikan oleh Encik Yasuhiko Ota, Kolumnis Nikkei, perbincangan itu meliputi projek-projek infrastruktur keutamaan sebagai sebuah pemacu bagi pembangunan ekonomi, peranan infrastruktur berkualiti di dalam pertumbuhan ekonomi mampan Myanmar, dan kepentingan sumbangan oleh sektor awam dan swasta Jepun bagi merealisasikan pelan pembangunan Myanmar.

Encik Aung Naing Oo, Ketua Pengarah, Direktorat bagi Pelaburan dan Pentadbiran Syarikat, Kementerian Kewangan dan Perancangan Myanmar, berkata bahawa membawa pelaburan swasta asing ke dalam negara itu adalah penting bukan sahaja untuk membangun tetapi juga bagi mengekalkan infrastruktur. Kerajaan Myanmar sedang berusaha untuk menyokong syarikat-syarikat swasta untuk memasuki ke pasaran itu dengan menggubal undang-undang dan sistem baharu. Encik Ken Tun, Ketua Pegawai Eksekutif, Parami Energy Group, menekankan daripada aspek perniagaan tempatan yang walaupun kos permulaan prasarana berkualiti mungkin tinggi, penduduk di Myanmar harus mempertimbangkan manfaat yang diperolehi dan bukannya kos semata-mata. Beliau menyatakan pentingnya untuk memikirkan jenis infrastruktur yang akan mendatangkan lebih banyak faedah dari segi ekonomi.

Encik Mitsuo Ido, Ketua Perwakilan bagi Myanmar, Mitsubishi Corporation, berkata bahawa Thilawa SEZ adalah satu contoh yang baik untuk menyokong pelaburan syarikat-syarikat asing di negara itu. Kelestarian sumber untuk tempat itu, seperti air bersih, bekalan elektrik, pengangkutan, dan lain-lain, mesti dijamin untuk menjalankan perniagaan secara selamat dan mampan, yang penting bagi menentukan pelaburan kami.

Takeshi Nakano, Pengarah, Bahagian Penggalakan Perdagangan, Biro Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, berkata di dalam ucapan tambahan kepada perbincangan itu bahawa FDI adalah satu pemacu utama untuk pembangunan dan infrastruktur ekonomi yang mampan yang dapat menarik syarikat-syarikat asing adalah penting. Beliau berkata bahawa infrastruktur Jepun yang berkualiti dapat memberi banyak faedah kepada negara itu, termasuk operasi yang boleh dipercayai, kecekapan ekonomi berdasarkan kepada kos kitaran hayat, keselamatan, daya tahan terhadap bencana alam, penciptaan pekerjaan, pembinaan kapasiti, dan pemindahan kepakaran untuk masyarakat setempat. Beliau juga menekankan bahawa dari peringkat perancangan awal adalah sangat penting untuk mengambil kira kos kitaran hayat dan kemudahan penyelenggaraan dalam konteks operasi jangka panjang. Beliau berkata bahawa kunci kepada kejayaan adalah pengembangan pekerjaan menerusi pelaburan sektor swasta dan pembangunan sumber manusia dan bahawa Jepun akan menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab yang meningkatkan taraf hidup rakyat Myanmar dengan bekerjasama kerajaan Myanmar dan sektor swasta dari kedua-dua buah negara.
 
Seperti yang dirumuskan oleh moderator berkenaan, peserta-peserta bersetuju dan membuat kesimpulan bahawa "pembangunan infrastruktur yang boleh dipercayai dan stabil yang akan menggalakkan pelaburan langsung asing, dan pembangunan infrastruktur berkualiti dari satu perspektif jangka panjang, adalah kunci kepada masa depannya, dan perkongsian dengan Jepun boleh menjadi sangat diperlukan kepada negara itu."

Berikutan perbincangan panel, Encik Nobuhisa Kobayashi, Pegawai Eksekutif, Tokyo Gas Co., Ltd. menzahirkan peluang untuk memasang infrastruktur LNG, dan menunjukkan hasrat syarikat itu untuk menyumbang kepada pembangunan Myanmar dengan pengalamannya yang banyak.
 
Program:
- Pembuka kata oleh pihak tuan rumah:
  Kaunselor Kazuyuki Takimi, Kedutaan Jepun di Myanmar
- Ucapan oleh tetamu kehormat:
  Encik Aung Naing Oo, Ketua Pengarah, Direktorat Pelaburan dan Pentadbiran
  Syarikat, Kementerian Kewangan dan Perancangan Myanmar
- Agenda: Dialog untuk Infrastruktur Kualiti, Membina Masa Depan Asia.
  Encik Satoshi Takesada, Pengurus Kanan Price Waterhouse Coopers Singapura
- Dialog: Peluang-peluang dan cabaran yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur
  untuk Pertumbuhan Mampan Myanmar.
- Ahli Panel:
Encik Aung Naing Oo, Ketua Pengarah, Direktorat Pelaburan dan Pentadbiran
Syarikat, Kementerian Kewangan dan Perancangan Myanmar
Encik Mitsuo Ido, Ketua Perwakilan bagi Myanmar, Mitsubishi Corporation
Encik Ken Tun, Ketua Pegawai Eksekutif, Parami Energy Group
Takeshi Nakano, Pengarah, Bahagian Penggalakan Perdagangan, Biro Perdagangan
dan Kerjasama Ekonomi, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun
- Moderator:
Encik Yasuhiko Ota, Kolumnis, Nikkei
 
- Pembentangan:
Encik Nobuhisa Kobayashi, Pegawai Eksekutif, Tokyo Gas Co., Ltd; Pengarah
Urusan, Tokyo Gas Asia
 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.japan.go.jp/infrastructure/
 
 
SUMBER: Kerajaan Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.