ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​PERSIDANGAN MEDIA HARI ISNIN UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: BAHAYA MEROKOK DAN PENYELIDIKAN INTERVENSI KANSER PARU-PARU

Thursday 19/10/2017



YOKOHAMA, Jepun, 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada persidangan media di Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) hari ini, penyelidik kanser paru-paru tersohor dunia memberikan pandangan baharu ke atas saringan CT, penghentian merokok dan mesotelioma. Perbincangan ini berfokus khususnya pada negara tuan rumah persidangan iaitu Jepun, yang mengekalkan kadar tinggi tabiat merokok.

Kemajuan Besar dalam Saringan CT: Perspektif Pakar Radiologi
Saringan CT diperkenalkan untuk kali pertamanya apabila pengimbas CT heliks tersedia pada awal 1990-an. Sejak itu, berlaku kemajuan yang luar biasa dalam teknologi pengimbas CT dengan peningkatan serentak dalam bilangan pemeriksaan CT setiap tahun sebanyak lebih kurang 10% setiap tahun, seperti yang dikongsi oleh Dr. Claudia Henschke dari Mount Sinai di Amerika Syarikat. Disebabkan oleh perkakasan dan algoritma pembinaan semula imej yang lebih berkuasa dalam CT berbilang pengesan (MDCT) hari ini, telah menjadikan pengimbasan yang lebih pantas pada dos radiasi yang lebih rendah sesuatu yang tidak mustahil.

Berkenaan dengan saringan kanser paru-paru, pengkolimatan yang lebih nipis telah membawa kepada pengesanan lebih banyak nodul pulmonari yang kecil. Tambahan lagi, terdapat evolusi dalam teknik diagnostik seperti biopsi perkutaneus, bronkoskopi navigasi dan imbasan PET dan kemajuan ini telah diintegrasikan ke dalam regimen saringan yang menghasilkan pengurangan dalam kekerapan pembedahan silang alik nodul benigna.

“Kemajuan saringan CT dalam beberapa dekad lepas telah terbukti menjadi satu langkah yang kritikal dalam usaha kami untuk merawat kanser paru-paru,” kata Dr. Henschke. “Antara banyak kelebihan teknologi saringan CT yang lebih baharu, kini kami boleh menaksir saiz dan pertumbuhan nodul dengan lebih baik, berkaitan dengan kemungkinan kemalignan dan keagresifan kanser paru-paru. Untuk pertama kalinya, pengimejan sebagai penanda bio untuk keagresifan telah digunakan untuk memantau pertumbuhan kanser. Kami didorong oleh kemajuan yang kami lakukan disebabkan peningkatan saringan CT dan kami berharap teknologi ini akan menyelamatkan lebih banyak nyawa.”

Integrasi program penghentian merokok dalam program saringan kanser paru-paru CT menunjukkan hasil yang menyelamatkan nyawa dan menjimatkan kos
Satu kajian yang dibentangkan oleh Dr. William Evans dari Universiti McMaster di Kanada mendapati integrasi program penghentian merokok dalam program saringan kanser paru-paru CT rendah dos yang tersusun (LDCT) mempunyai potensi untuk mengurangkan kadar kematian di samping dapat menjimatkan kos. “Untuk mencapai faedah maksimum program saringan LDCT, ia sangat penting untuk menggabungkan intervensi penghentian merokok yang kuat,” kata Dr. Evans. “Sepanjang karier saya sebagai pakar onkologi, saya tidak dapat menyelamatkan seorang pun pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil tahap lanjutan. Saya percaya bahawa program saringan paru-paru tersusun ini boleh digunakan untuk memberikan pengajaran kepada perokok tegar dan akhirnya menyelamatkan nyawa.” Siaran akhbar penuh boleh didapati di sini.

Kajian Mayo Clinic menyatakan faktor kaum dan sosioekonomi mempengaruhi kadar mandiri pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC)
Kajian baharu ini mendapati faktor kaum dan sosioekonomi khusus mempunyai pengaruh besar dalam jurang perbezaan kadar mandiri pesakit kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC), mengikut Dr. Yanyan Lou dari Mayo Clinic di Amerika Syarikat. Faktor sosioekonomi khusus yang dikaitkan dengan akibat yang lebih teruk termasuk tahap pendidikan yang lebih rendah, hasil pendapatan median yang lebih rendah dan status tiada insurans. Baca siaran akhbar penuh di sini.

Kemunculan epidemik produk tembakau baharu di Jepun dan lingkungan baharu kawalan tembakau
Dr. Yumiko Mochizuki dari Tobacco Free Japan dan Persatuan Kanser Jepun berucap tentang pentingnya kemunculan epidemik produk tembakau baharu, seperti produk “panas bukan bakar”, yang semakin popular di Jepun.

Jepun dikenali sebagai syurga perokok pada abad lepas, tetapi disebabkan kemajuan yang besar, kadar merokok kini lebih rendah daripada 20% dan hampir sama seperti negara maju yang lain. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dasar kawalan tembakau Jepun dinilaikan pada paras yang paling rendah, terutamanya disebabkan oleh ketiadaan sekatan merokok.

Industri tembakau menyasarkan Jepun sebagai pasaran ujian global mereka untuk produk tembakau baharu seperti jenama panas bukan bakar. Walaupun terdapat kenyataan kurang tepat oleh industri yang mengatakan produk ini mengurangkan pengeluaran toksik sebanyak 90% atau 99%, ia mengandungi jumlah besar nikotina dan masih menghasilkan wap toksik. Produk ini kekal menyebabkan ketagihan dan memberi ancaman yang sebenar.

“Semasa industri tembakau menaikkan usaha pemasaran mereka untuk menguasai 50% saham pasaran di Jepun pada tahun 2020, penyelidik dan kerajaan mesti berusaha untuk memberikan bukti saintifik yang akan menyokong peraturan yang sesuai untuk produk ini,” kata Dr. Mochizuki. “Cendekiawan khususnya mempunyai tanggungjawab untuk menekankan bahaya produk ini.”

Penjagaan paliatif awal tidak memberikan kualiti tambahan faedah hidup untuk pesakit mesotelioma pleura malignan (MPM) yang baru didiagnosis
Penjagaan paliatif pakar awal untuk pesakit yang baru didiagnosis dengan mesotelioma pleura malignan (MPM) tidak memberi impak kepada ukuran kualiti hidup (QOL), mengikut kajian yang ditunjukkan oleh Prof. Fraser Brims dari Universiti Curtin di Australia. Hasil kajian berbilang pusat antarabangsa menunjukkan tiada kepentingan rujukan awal rutin untuk penjagaan paliatif, tanpa mengira simptom, kerana tiadanya impak ke atas kualiti hidup (atau emosi) pesakit MPM yang baru didiagnosis dalam kumpulan intervensi. Untuk membaca siaran akhbar penuh, klik sini.

Strim secara langsung untuk persidangan media harian ini tersedia di sini.

Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru, serta membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Perjumpaan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, lawati wclc2017.iaslc.org.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi segala disiplin, lebih dari 100 negara, membentuk perangkaian global yang bekerjasama untuk menawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

SUMBER :  IASLC

Hubungan:
Hillary Wasserman
Pegawai Senior
HWasserman@GroupGordon.com
+1 732-778-1896
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org
+1 720-254-9509

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.