ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SIGMA SYSTEMS MELANTIK VLADIMIR MITRASINOVIC SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI JUALAN DAN PENGARAH URUSAN UNTUK EMEA DAN APAC

Tuesday 17/10/2017



TORONTO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, sebuah peneraju di dalam perisian berasaskan katalog, telah melantik Vladimir Mitrasinovic sebagai Naib Presiden Kanan bagi Jualan dan Pengarah Urusan untuk EMEA dan APAC.

Encik Mitrasinovic sebelum ini merupakan Ketua bagi Awan dan Perisian sebagai sebuah unit perniagaan Perkhidmatan untuk Cerillion Technologies, dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Saluran Global dan Perikatan di Acision (XURA). Sebagai Naib Presiden Kanan bagi Jualan dan Pengarah Urusan untuk EMEA dan APAC, Vladimir akan menyelia kesemua usaha jualan dan pembangunan perniagaan di rantau itu.

"Kami gembira untuk mengalu-alukan Vladimir ke dalam pasukan Sigma," kata Simon Muderack, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial bagi Sigma. “Latar belakang Vladimir di dalam pembangunan korporat pertumbuhan tinggi di dalam sektor teknologi dan pengalaman di dalam pengembangan jualan dan perniagaan akan menjadi aset yang sangat baik kepada Sigma ketika kami terus berkembang merentasi EMEA dan bergerak maju di pasaran Asia Pasifik."

Encik Mitrasinovic berkata: "Saya berkembang maju di dalam membina dan mengetuai pasukan yang sangat berjaya, dan tidak sabar-sabar untuk menyokong Sigma di dalam pertumbuhan fasa berikut dan kemajuan bahagian pasaran mereka. Saya amat teruja dengan peluang-peluang yang dicipta oleh perubahan transformasi di dalam komunikasi dan pembekal perkhidmatan media termasuk usaha transformasi digital, automasi, perpindahan ke arah perkhidmatan berasaskan IoT dan penawaran perkhidmatan maya. Pasukan Sigma, yang ditambah dengan suite B/OSS yang didorong oleh katalog terkemuka, berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong pemimpin pasaran di dalam usaha mereka untuk membolehkan perkhidmatan ini di dalam pelbagai rangkaian yang meluas."

Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)

Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan dan Peruntukan. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di lebih 100 buah negara.

Hubungi
Sigma Systems
Noor Manji, 416-943-9696
Pengurus, Perhubungan Korporat
 
Sumber: Sigma Systems
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51699399&lang=en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.