ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENAMBAHKAN DIOD SAWAR SCHOTTKY 650V SIC GENERASI KEDUA DI DALAM PAKEJ JENIS PELETAKAN PERMUKAAN DPAK

Tuesday 17/10/2017



Peranti generasi kedua memberikan peningkatan puncak luruan arus ke depan dan angka merit, kini di dalam sebuah pakej jenis peletakan permukaan 

TOKYO, 17 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) telah meningkatkan portfolio diod mereka dengan penambahan enam diod sawar Schottky (SBD) yang direka dengan silikon karbida (SiC) dan ditempatkan di dalam pakej peletakan permukaan. Penghantaran besar-besaran bermula hari ini.

Sehingga kini, TDSC telah memberi tumpuan kepada SiC SBD di dalam pakej melalui lubang. Penambahan SiC SBD TDSC yang pertama di dalam pakej peletakan permukaan (diberi nama DPAK) memenuhi keperluan pelanggan untuk mengurangkan saiz dan ketebalan sistem.

SiC SBD yang baharu itu menggabungkan cip generasi kedua terbaharu Toshiba, yang memberikan penambahbaikan pada peningkatan di dalam puncak luruan arus ke depan (IFSM) dan angka merit (VF•Qc*1). Peranti itu menawarkan kekasapan yang dipertingkatkan dan kehilangan yang rendah, yang membantu untuk meningkatkan kecekapan sistem dan memudahkan reka bentuk terma.

TDSC akan terus mengembangkan portfolio produk mereka agar dapat membantu meningkatkan kecekapan dan mengurangkan saiz peralatan komunikasi, pelayan, penyongsang dan produk lain.

Ciri-ciri
  • Puncak luruan tinggi arus ke depan: Kira-kira 7 hingga 9.5 kali penarafan semasa, IF(DC).
  • Angka merit rendah (VF•Qc): Kira-kira 1/3 lebih rendah berbanding dengan produk generasi pertama, menunjukkan kecekapan yang tinggi.
  • Pakej peletakan permukaan: Membolehkan pelekap automatik dan membantu untuk mengurangkan saiz dan ketebalan sistem.
Aplikasi

SiC SBD yang baharu itu sesuai untuk pelbagai jenis aplikasi komersil dan perindustrian, termasuk pelitaran PFC di dalam bekalan kuasa yang berkecekapan tinggi.
  • Produk pengguna dan OA: bekalan kuasa untuk skrin besar set TV 4K LCD & OLED, projektor, mesin salin pelbagai guna, dan sebagainya.
  • Peralatan industri: bekalan kuasa untuk stesen pangkalan telekomunikasi, pelayan PC, penyongsang mikro solar, dan lain-lain.
  • Untuk litar: litar pembetulan faktor kuasa (PFC); litar penyongsang mikro; litar pemotong (pelbagai bekalan kuasa bagi beratus-ratus watt atau lebih).
  • Diod roda bebas untuk peranti pensuisan. 

Table

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan Diod Sawar SiC Schottky TDSC.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/diode/sic.html 

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51700020&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20171016006343/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.