ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERSIDANGAN MEDIA HARI AHAD UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: MEMPERKENALKAN ANUGERAH DAN GARIS PANDUAN GLOBAL BAHARU

Tuesday 17/10/2017



YOKOHAMA, Jepun, 17 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taklimat akhbar pertama di Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) ke-18 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC), menyoroti anugerah dan inovasi baharu yang menggalakkan dan menyokong rawatan kanser paru-paru dan kemalignan toraks yang lain, termasuk pengiktirafan pasukan penjagaan yang cemerlang, memperkenalkan garis panduan baharu untuk jururawat dan memupuk generasi penyelidik yang seterusnya.

Persidangan media bermula dengan ucapan alu-aluan dari Presiden Bersama Persidangan Dr. Hisao Asamura dan Dr. Keunchil Park, yang tanpa mengenal penat bekerja untuk menjayakan persidangan di Yokohama pada tahun ini.

Anugerah Pasukan Penjagaan Kanser pertama yang mengiktiraf penjagaan pesakit yang cemerlang
IASLC memberikan Anugerah Pasukan Penjagaan Kanser pertama kepada pasukan penjagaan kanser pelbagai disiplin di seluruh dunia yang berusaha memberikan khidmat penjagaan pesakit yang paling berkualiti. Anugerah ini dicadangkan oleh Dr. Matthew Holman dan isterinya, Marilyn, seorang bekas pesakit kanser paru-paru. Jill Feldman, seorang pemandiri kanser paru-paru dan penyokong dari Amerika Syarikat, memperkenalkan anugerah itu dengan menceritakan kisah hidupnya dan berkongsi sebab anugerah ini sangat bermakna untuk dirinya.

“Pasukan saya di Rush University selalu mengutamakan pesakit dan memang layak mendapat anugerah ini, bersama dengan penerima anugerah yang lain pada hari ini,” kata Jill Feldman. “Perkara yang menakjubkan mungkin berlaku apabila pasukan merentas disiplin bekerja bersama untuk mengutamakan pesakit. Saya berterima kasih kepada Yayasan IASLC kerana memperkenalkan anugerah yang menggalakkan kerjasama luar biasa seperti ini.”

Pasukan di institusi berikut diiktiraf dengan anugerah ini:
  • Guangdong Lung Cancer Institute (China)
  • Neotorax – Oncologia D´or (Brazil)
  • Instytut Gruźlicy i Chorób Płuc w Warszawie (Poland); Klinika Chorób Wewnętrznych, Pneumonologii i Alergologii, Samodzielny Publiczny szpital Kliniczny w Warszawie (Poland); Centrum Onkologii – Instytut im. Marii Skłodowskiej-Curie w Warszawie (Poland)
  • Johns Hopkins Hospital – Sidney Kimmel Cancer Center (AS)
  • Rush University Medical Center (AS)
Garis panduan baharu untuk jururawat menyediakan amalan terbaik bagi rawatan imunoterapi
Di WCLC di Vienna pada tahun lepas, Jawatankuasa Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu mengenal pasti perlunya sokongan pendidikan untuk mereka yang menjaga pesakit kanser paru-paru yang menerima imunoterapi. Semasa persidangan media pada hari ini, Kim Rohan dari Amerika Syarikat dan Anne Fraser dari New Zealand mendedahkan garis panduan berbangkit untuk imunoterapi. Garis panduan ini satu sumber bernilai untuk jururawat dan merangkumi kesan buruk mengancam nyawa yang mungkin dialami pesakit semasa rawatan imunoterapi termasuk gastrousus, dermatologik, endokrin, okulus, hepatik, neurologikal dan ketoksikan pulmonari.

“Garis panduan ini unik kerana ia adalah hasil daripada kerjasama antarabangsa,” kata Anne Fraser. “Disebabkan rawatan imunoterapi terus digunakan dengan lebih kerap, garis panduan ini penting untuk membantu jururawat memahami dan mengurangkan potensi kesan sampingan.”

Peserta Anugerah Mentor IASLC berucap tentang nilai mentor
Program Mentor Antarabangsa IASLC adalah sebuah program perkembangan dan pendidikan profesional untuk doktor dan penyelidik kemalignan toraks yang masih baru dari negara membangun secara ekonomi. Tiga belas mentee dipilih untuk program pada tahun 2017, mewakili kepakaran daripada onkologi perubatan kepada pulmonologi dan datang dari Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Serbia dan Thailand. Beberapa tokoh peneraju dunia dalam kanser paru-paru akan menjadi mentor dan memberi bimbingan semasa WCLC dan menjadi hos bagi mentee di institusi asal mereka selama seminggu.

Beberapa mentor berkongsi pengalaman mereka dalam program ini dan menekankan nilai mentor, termasuk Fiona Blackhall dari United Kingdom, Ross Camidge dari Amerika Syarikat, Nir Peled dari Israel dan Mary O’Brien dari United Kingdom.

Untuk Prof. Blackhall, faedah mempunyai mentor termasuk keupayaan untuk memberi inspirasi kepada penyelidik onkologi dan kanser generasi mendatang, berfungsi sebagai tokoh wanita contoh dalam perubatan dan menyerlahkan bahagian keperluan yang belum tercapai dalam penyelidikan kanser paru-paru. Prof. Peled menemui bahawa adanya faedah bersama dalam kerjasama dengan menteenya, kerana dia telah dapat membesarkan rangkaian pasukannya. Dr. Camidge, yang berpusat di Denver, berbincang tentang kerjasama jarak jauh dengan menteenya, Harry Ren dari China. Mereka mendiagnosis seorang pesakit bersama yang kemudiannya pergi ke Denver untuk percubaan klinikal, mempamerkan nilai kerjasama global.

Mary O’Brien juga bercakap tentang kepentingan mentor yang sangat kritikal untuk golongan profesional muda dalam bidang ini. “Perubatan adalah satu profesion yang diajar sebagai perantisan secara tradisionalnya, mempelajari daripada memerhati doktor senior. Perubatan telah berubah dan banyak yang tidak diajar dalam buku dan sumber maklumat yang lain. Kita perlu ingat akan kuasa hubungan manusia. Skema mentor yang kuat akan menghasilkan keupayaan terbaik daripada doktor-doktor muda, bakat yang jelas dan tersembunyi,” kata Dr O’Brien.

Strim secara langsung untuk persidangan media setiap hari ini tersedia di sini.

Perihal WCLC
Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang tertumpu khusus tentang kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru, serta membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Perjumpaan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, lawati wclc2017.iaslc.org.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi segala disiplin, lebih dari 100 negara, membentuk perangkaian global yang bekerjasama untuk menawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

Hubungan:             
Hillary Wasserman 
Pegawai Senior
HWasserman@GroupGordon.com
+1 732-778-1896
Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam
Becky.Bunn@IASLC.org
+1 720-254-9509

Source : IASLC

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.