ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FUSIONEX MENERIMA GELARAN USAHAWAN TEKNO CEMERLANG

Monday 16/10/2017



KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex Dato' Seri Ivan Teh telah dianugerahkan dengan Anugerah Usahawan Tekno Cemerlang 2017 pada majlis Anugerah ICT PIKOM pada hujung minggu lalu. Anugerah yang menjadi rebutan itu disampaikan kepada Teh, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangan Fusionex kepada pertumbuhan dan menyokong sektor ICT di rantau itu.
 
Acara gilang-gemilang itu diserikan dengan kehadiran kira-kira satu ribu orang tetamu, yang terdiri daripada pemimpin industri, kumpulan berbakat, dan bintang-bintang berbakat di dalam arena ICT. Anugerah Usahawan Tekno Cemerlang itu dikhaskan untuk individu yang menunjukkan amalan ICT yang terbaik; serta dipuji kerana ketekunan, komitmen, dan inovasi mereka yang berterusan.
 
Anugerah ini menandakan kecemerlangan berterusan yang dipamerkan oleh Fusionex, yang diterajui oleh Teh, dan mengikuti kemenangan Fusionex sebelum ini dengan Anugerah Kecemerlangan Syarikat pada tahun 2016.
 
Teh menjulang tinggi bendera Malaysia dan ASEAN apabila beliau mewakili negara dan rantau itu untuk berucap pada Sidang Kemuncak Belt and Road 2017. Diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC), Teh merupakan seorang daripada penceramah yang paling terulung, yang berkumpul untuk berkongsi perspektif dan visi mereka dengan beribu-ribu pemimpin perniagaan dan pegawai utama kerajaan dari hampir 50 buah negara.
 
Dengan Fusionex sebagai sebuah syarikat teknologi data yang utama, Dato' Seri Ivan Teh juga telah mengetuai Fusionex ke arah menjalin sebuah perikatan strategik dengan Alibaba Cloud, satu daripada penyedia awan yang paling cepat berkembang di dunia. Teknologi Fusionex juga dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran sebahagian universiti tempatan, untuk menggalakkan bakat ICT tempatan. Teh adalah seorang penyokong kuat untuk memupuk bakat muda, sering menggalakkan pelajar untuk mempertimbangkan ICT dan teknologi data sebagai satu minat dan kerjaya yang berdaya maju. Beliau juga merupakan seorang hakim bagi pertandingan keusahawanan teknologi Universiti Sunway Dolphin Tank (oleh Young Outliers) serta acara Pertempuran Ninja Digital oleh MDEC yang diadakan di KLCC.
 
Teh berkata, "Saya amat gembira dan merasa rendah diri untuk menerima anugerah ini. Menerima ini di hadapan begitu ramai rakan-rakan ICT, dan rakan sekerja mengingatkan saya bahawa ia memerlukan semua orang bagi bekerja bersama untuk memajukan peranan ICT di dalam masyarakat.
 
Saya ingin mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua orang dari Pasukan Fusionex yang memungkinkan kejayaan ini. Kami akan terus bergerak ke atas dan ke hadapan di dalam perjalanan dan misi kami untuk membantu membentuk negara ini dan rantau ini dalam cara yang positif dengan teknologi."
 
Hubungi
Pi PR Consultancy
Visithra Manikam, +603-7610 4402
visithra@pipr.com.my

Sumber: Fusionex
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171015005044/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.