ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : ISU TIADA KELULUSAN PENGIMPORTAN BAGI PRODUK INSTANT HOTPOT YANG MENGANDUNGI DAGING DI SINGAPURA

Saturday 14/10/2017



PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Import of instant hotpot products containing meat not approved by AVA; importers fined and products seized” yang disiarkan melalui akhbar the Straits Times bertarikh 9 Oktober 2017. Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa the Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura melarang pengimportan produk Instant Hotpot yang mengandungi daging yang juga dikenali sebagai Ba Shu Hotspot atau Ba Shu Lan Ren. Ini kerana pihak AVA Singapura hanya membenarkan pengimportan produk makanan yang mengandungi daging daripada sumber yang diluluskan olehnya.

Berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), tiada pengimportan bagi produk daripada syarikat terlibat ke negara ini.

Semua makanan yang diperbuat atau diimport ke negara ini perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq .

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.