ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA : SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI, ZIKA DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA

Saturday 14/10/2017



(Bagi Minggu 40/2017 dari 1 hingga 7 Oktober 2017)

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Kes Denggi pada Minggu Epid 40/2017 tahun 2017 iaitu dari 1 hingga 7 Oktober 2017 menunjukkan peningkatan satu (1) kes (0.1%), iaitu sejumlah 1,194 kes Demam Denggi telah dilaporkan, berbanding 1,193 kes pada Minggu Epid 39/2017. Selain itu, tiada kes kematian dilaporkan sepanjang Minggu Epid 40/2017.

Terdapat lima (5) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 19 kes (76%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 15 kes (13.9%), Sarawak 4 kes (40%), Pulau Pinang 4 kes (8.9%) dan Perak 4 kes (8.9%).
 
Sehingga 7 Oktober 2017, jumlah kumulatif kes Denggi yang dilaporkan adalah 71,641 kes berbanding 84,774 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 13,133 kes (15.5%) manakala jumlah kumulatif kematian Denggi adalah kekal sebanyak 159 kematian, berbanding 190 kematian dilaporkan pada tahun 2016 bagi tempoh yang sama, pengurangan sebanyak 31 kes (16.3%).

Pada Minggu Epid 40/2017, bilangan lokaliti wabak aktif juga turut menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sejumlah 367 lokaliti wabak yang dilaporkan di 13 negeri, berbanding 364 lokaliti pada Minggu Epid 39/2017. Namun bilangan lokaliti hotspot terus menunjukkan pengurangan sebanyak 11 lokaliti (23%) iaitu sejumlah 33 lokaliti hotspot semasa yang dilaporkan melibatkan tujuh (7) buah negeri iaitu di 23 lokaliti di Selangor, tiga (3) lokaliti di Sabah dan WPKL & Putrajaya, manakala satu (1) lokaliti masing-masing di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Tiada kes Chikungunya yang direkodkan pada Minggu Epid 40/2017. lni menjadikan jumlah kumulatif kes Chikungunya bermula dari Januari hingga 30 September 2017 adalah kekal 260 kes iaitu 190 kes dari Kedah, 33 kes dari Selangor, 24 kes dari Johor, 10 kes dari Kelantan, dua (2) kes dari Perak dan satu (1) kes dari Sarawak.

Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 1622 sampel darah dan 31 sampel air kencing di kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika mendapati keputusan kesemua ujian didapati negatif.
 
Bagi memastikan kejadian kes Denggi terus dibendung, kebersihan persekitaran adalah menjadi keutamaan semua masyarakat. Ketiadaan tempat nyamuk untuk membiak boleh mengurangkan populasi nyamuk Aedes seterusnya mengurangkan penyebaran virus Denggi. Komuniti setempat perlu memainkan peranan untuk melakukan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka secara berkala. Bahan pembunuh jentik boleh digunakan pada tempat air bertakung seperti di parit sebagai contoh.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dipohon untuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi serta memastikan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka. Di samping itu, PBT juga hendaklah meningkatkan aktiviti pembersihan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pembuang sampah haram untuk membendung masalah pembiakan Aedes.

Sila klik di sini untuk Lampiran A : Kes Denggi Dilaporkan Pada Minggu 40/2017 dan Lampiran B : Lokaliti HotSpot Pada Minggu 40/2017

Tiada Aedes, Tiada Denggi dan Chikungunya
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 
 
 
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 
 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.