ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG DIIMPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA, CHINESE TAIPEI DAN THAILAND

Thursday 12/10/2017



KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan Malaysia telah membuat Penentuan Awal berkenaan penyiasatan anti-lambakan mengenai keluli tahan karat gulungan sejuk (cold-rolled stainless steel - CRSS) yang diimport dari Republik Rakyat China, Republik Korea, Chinese Taipei dan Thailand. Kerajaan mendapati bahawa terdapat asas yang mencukupi bagi meneruskan penyiasatan terhadap pengimportan produk berkenaan dari negara-negara tersebut.

Sehubungan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti anti-lambakan sementara dalam bentuk jaminan bank yang bersamaan dengan nilai margin lambakan yang telah dikenal pasti. Duti anti-lambakan sementara di antara 7.27% hingga 111.61% akan dikenakan ke atas import dari negara-negara tersebut dan ianya akan berkuat kuasa bagi tempoh tidak melebihi 120 hari mulai 12 Oktober 2017.

Penyiasatan ini telah dimulakan selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 susulan dari petisyen yang difailkan oleh Bahru Stainless Sdn. Bhd. (Pempetisyen) yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk CRSS. Pempetisyen mendakwa pengimportan CRSS dari negara-negara tersebut dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut dan telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia. 

Pihak berkepentingan seperti pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit Penentuan Awal dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di alamat berikut:
 
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia


SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tel : (603) 6208 4631       
Faks : (603) 6211 4429
Emel : 
alltps@miti.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.