ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  SYNERGY RESEARCH GROUP MENARAFKAN BROADSOFT SEBAGAI PENERAJU SAHAM PASARAN GLOBAL UNTUK KOMUNIKASI BERSEPADU SEBAGAI PERKHIDMATAN (UCAAS) PADA 49%

Wednesday 04/10/2017



BroadSoft meneraju pasaran dalam dua metrik penting: 49% saham pasaran dalam penghantaran barisan baru awan dan 45% saham pasaran dalam pangkalan terpasang awan
 
GAITHERSBURG, Md., 4 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan bahawa ia mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam penghantaran barisan baru UCaaS dan mengembangkan saham pasarannya daripada 42.6% kepada 49.4% berdasarkan Synergy Research Group, penganalisis penyelidikan industri.1
 
BroadSoft juga mengekalkan penerajuannya dalam saham pasaran pangkalan terpasang UCaaS pada 45% iaitu melebihi tiga kali ganda daripada pesaing terdekatnya.
 
Berdasarkan laporan Gartner yang terkini, lesen telefoni berasaskan awan akan meningkat sebanyak 17.9% pada tahun 2017, manakala penghantaran lesen berasaskan premis akan menurun sebanyak 5.2%. Tambahan lagi, Gartner menjangkakan bahawa penghantaran berasaskan awan akan mengatasi penghantaran berasaskan premis pada tahun 2020.2
 
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7419342f-5b20-4216-9f75-d93512251c3f
 
Jeremy Duke, pengasas dan ketua penganalisis, Synergy Research Group, mengatakan: “BroadSoft merupakan peneraju yang menyediakan kawalan panggilan awan yang dihoskan dan awam kepada penyedia perkhidmatan komunikasi teratas (CSP) dan penyedia UCaaS secara global. BroadSoft terus berada pada kedudukan yang unik sebagai rakan kongsi strategik kepada CSP. Dalam laporan Synergy yang terkini, ‘IP PBX – Kawalan Panggilan Premis & Dihoskan/Awan,’ pangkalan terpasang untuk kawalan panggilan awan dihoskan dan awam sebanyak 37 juta pelanggan dan lesen – BroadSoft telah mengekalkan kedudukan peneraju bagi 45% saham pasaran pangkalan terpasang dan meningkatkan penerajuannya dalam saham pasaran pengguna baru UCaaS awan kepada 49%, hampir separuh daripada jumlah pasaran.”
 
“Kami gembira melihat data pasaran Synergy Research menunjukkan bahawa BroadSoft adalah peneraju pasaran saham UCaaS global dengan 49% barisan baru dihantar untuk tahun 2016, lebih dua kali ganda daripada pesaing terdekat,” kata Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. “Ini menunjukkan cara tawaran UC BroadSoft Business dan model saluran penyedia perkhidmatan komunikasi global kami menepati perniagaan ketika pasaran bertukar ke awan dengan pesat.”
 
BroadSoft meningkatkan kedudukan penerajuannya dengan pelancaran BroadSoft Business pada tahun 2016, sebuah porfolio berintegrasi sepenuhnya untuk komunikasi bersepadu awan, kolaborasi pasukan dan aplikasi pusat hubungan yang sedia untuk perusahaan. BroadSoft Business boleh menskala ke semua segmen pasaran dan termasuk tiga aplikasi teras: UC-One, Team-One dan CC-One, dengan BroadSoft Hub menyediakan kecerdasan buatan merentasi keseluruhan platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi perniagaan yang kritikal yang mereka perlukan di satu tempat.
 
1 Laporan Jun 2017 Synergy Research Cloud & On-Premise IP PBX. Saham penghantaran baru untuk CY16, saham pasaran pada S117
 
Gartner, Forecast: Komunikasi Bersepadu, Seluruh Dunia, 2014-2021, S217, Meghan Fernandez, dll. 27 Jun 2017
 
Perihal BroadSoft:
 
BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju perkongsian pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog
 
Hubungan Pelabur:
Chris Martin
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com
 

Hubungan Media:
 
Hal berkenaan BroadSoft
Erin Knapp
Matter
617-502-6546
broadsoft@matternow.com
 
BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com
 
Sumber : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.