ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR PENGGANDING FOTO DENGAN FUNGSI UVLO UNTUK BEKALAN KUASA PENSUISAN KAWALAN DIGITAL DAN PEMACU IPM

Thursday 21/09/2017



TOKYO, 21 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) hari ini mengumumkan pelancaran "TLP2735," sebuah pengganding foto IC berkelajuan tinggi untuk penebatan isyarat pintu MOSFET dan yang pertama oleh syarikat untuk menggabungkan sebuah fungsi penguncian voltan rendah (UVLO).

UVLO mengurangkan kerentanan pengganding foto kepada bunyi bising seperti yang dihasilkan di dalam kabel bekalan kuasa, dan boleh mengelakkan kerosakan apabila produk dihidupkan. Dengan sebuah pengasingan voltan bagi 5kVrms (minimum) di antara input dan output, serta pematuhan dengan standard keselamatan pengganding foto IEC60747-5-5[1], TLP2735 juga sesuai untuk aplikasi yang memerlukan prestasi penebatan yang tinggi.

Voltan bekalan kuasa pengendalian di bahagian output adalah 9 hingga 20V, spesifikasi yang sesuai dengan voltan pintu MOSFET, dan masa tunda perambatan adalah 100ns (maksimum), pantas bagi sebuah pengganding foto yang direka untuk penebatan pintu MOS. Memandangkan voltan bekalan kuasanya adalah tinggi, ia juga boleh digunakan untuk penebatan input IPM.

Hanya dengan menambah sebuah litar penimbal kepada peringkat TLP2735 yang seterusnya, sebuah litar pemacu pintu penebatan MOSFET boleh dilaksanakan. Di samping itu, dengan suhu operasinya di antara -40 hingga 125oC, ia juga boleh digunakan di dalam sebuah persekitaran suhu tinggi.

Laporan pasaran Gartner terbaharu mengiktiraf Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% daripada bahagian pasaran berasaskan jualan pada Tahun Semasa 2016. (Sumber: Gartner, Inc. "Bahagian Pasaran: Peranti dan Aplikasi Semikonduktor di Seluruh Dunia 2016" 30 Mac, 2017)

TDSC akan terus menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan mempromosikan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan trend pasaran.
 
Aplikasi
  • Pengasingan antara muka bagi isyarat pintu MOSFET 0
  • Bekalan kuasa pensuisan kawalan digital
  • Peralatan automasi industri (pemacu IPM)
 
Ciri-ciri
  • Fungsi UVLO terbina dalam dengan histeresis
  • Penarafan suhu pengendalian: Topr (maksimum) = -40 hingga 125℃
  • Pakej SO6L yang nipis dengan jarak rayapan yang panjang
(Ketinggian 2.3 mm (maksimum), jarak rayapan dan pelepasan 8mm (minimum), pengasingan sokongan diperkuatkan)
 
 
 
Spesifikasi Utama
(Kecuali dinyatakan sebaliknya @Ta= -40 hingga 125℃)
Nombor
Bahagian
 Pakej Jarak rayapan minimum (mm) Penarafan maksimum mutlak Voltan pengasingan
BVS
min
@Ta=25℃
(kVrms)
 Ambang arus input
(H hingga L)
IFLH
maksimim
(mA)
 Ambang voltan UVLO
VUVLO+,
VUVLO-
jenis
(V)
 Masa tunda perambatan
tpHL, tpLH
maksimum
(ns)
 Lazim-
mod imuniti sementara
CMH, CML
minimum
(kV/μs)
   Suhu pengendalian
Topr (℃)
     
TLP2735 SO6L 8 -40 hingga 125 5 3 8.1/7.5 100 25
 

Nota:
[1] Pematuhan IEC60747-5-5: Voltan pengasingan pengendalian maksimum yang dibenarkan
VIORM=1140 Vpuncak

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto keluaran Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51687534&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170921005462/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.