ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PROMOSI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) DI 10 LOKASI PLKN SELURUH NEGARA

Thursday 21/09/2017



KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Program Latihan Khidmat Negara Siri 2 Telah Dijalankan Pada 15 Julai 2017 Sehingga 12 September 2017.

Dengan Slogan, 1 Hasrat 1 Semangat Dan 1 Tekad benar -benar melatih Peserta PLKN menjadi insan yang kuat dan tabah dalam menempuh segala rintangan yang mendatang.

Di kesempatan yang ada kuis juga tidak ketinggalan memberikan sesuatu yang bernilai buat peserta PLKN sempena hari My Future atau Karnival Pendidikan Dan Kerjaya yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Perkongsian yang dibuat adalah berkaitan hala tuju pelajar selepas menamatkan latihan, dengan memberikan info-info peluang belajar di kuis di peringkat pengajian asasi dan diploma dengan syarat kemasukan yang minimum.

Para pelatih memberikan tumpuan penuh sepanjang sesi perkongsian berlangsung dan terdapat beberapa pelajar yang teruja dan faham dengan maklumat yang disampaikan.

Pendedahan perlu diberikan kepada para pelatih terutamanya lepasan spm yang mana masih ada peluang belajar ke peringkat tinggi sungguhpun tidak mendapat keputusan cemerlang. Hanya dengan 3 kredit sahaja serta lulus bahasa inggeris dan matematik peserta masih boleh menyambung pengajian dalam pelbagai bidang yang disukai di kuis.

Pihak KUIS juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat kerajaan malaysia yang telah memberi laluan kepada institusi pendidikan swasta menyertai Program My Future yang dianjurkan oleh pihak kem PLKN di setiap negeri di seluruh negara.

Semoga di masa akan datang pihak kerajaan lebih prihatin dalam membantu melestarikan pendidikan  di peringkat tinggi samada awam atau swasta  bagi membantu peserta PLKN membuat pilihan yang bijak untuk menyambung pengajian kelak. 

Oleh:
Norazreen Binti Roslan
Ketua Seksyen Pemasaran Strategik
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS 

Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI :

Nama : Mudzirah Aishah Pawanteh
Ketua Seksyen Pentadbiran Dan Komunikasi
Bahagian Pemasaran & Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Tel   : 03-89117000 ext 3507
Faks   : 03-89268462
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.