ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MASJID AL-AZHAR SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI KUIS

Thursday 21/09/2017



KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Masjid mempunyai peranan yang amat penting dalam Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa masjid juga adalah binaan terawal yang telah didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Masjid juga adalah binaan semata-mata jika tiada manusia yang memanfaatkannya untuk tujuan mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata.  

Seperti masjid-masjid lain, Masjid Al-Azhar KUIS juga menggariskan dua komunikasi utama iaitu komunikasi dengan Allah dan juga komunikasi sesama manusia. Kedua-dua jenis komunikasi ini telah ditekankan di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta telah dipraktikkan oleh Masjid Al-Azhar KUIS. Komunikasi ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kualiti ibadat kepada Allah s.w.t. Manakala, komunikasi sesama manusia dilihat sebagai medium terbaik untuk membentuk organisasi pentadbiran dan Jemaah yang terdiri dari pelajar-pejar KUIS. Hasilnya, institusi KUIS dapat melahirkan dai’, ulama dan umara yang diinginkan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Fungsi komunikasi dan masjid tidak dapat dipisahkan kerana dengan komunikasi, pelbagai aktiviti-aktiviti masjid dapat dijalankan seperti aktiviti ibadat, ilmu, social dan muamalat dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah platform terbaik untuk mengimarahkan institusi masjid agar sentiasa dimaksimumkan penggunaannya terutamanya dalam melahirkan dai’, ulama dan umara yang diinginkan oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Masjid Al-Azhar juga menggunakan pendekatan perhubungan awam melalui komunikasi dengan pentadbiran dan pelajar-pelajar yang bertujuan untuk mencipta hubungan baik antara pihak Masjid Al-Azhar dan juga ahli kariahnya. Melalui perhubungan awam, segala informasi dapat disampaikan dan difahami bagi membina imej pengurusan KUIS yang baik serta cara berdakwah melalui teladan akhlak yang murni.  

Komunikasi yang diamalkan di Masjid Al-Azhar ini juga membuktikan bahawa gabungan antara ilmu dan pengalaman amat penting terutamanya dalam melancarkan aspek pengurusan masjid. Ilmu bertindak sebagai garis panduan bagi memastikan pengurusan masjid berpandukan al-Quran dan al-Sunnah manakala pengalaman berperanan sebagai medium untuk memahami serta mendekati para jemaah yang terdiri dari pentadbiran, pelajar-pelajar dan ahli qaryah di sekitar KUIS. 

Pengkaji juga menyimpulkan bahawa komunikasi masjid yang diamalkan di Masjid Al-AZHAR berperanan menjadi pusat pendidikan. Ia dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w yang menyampaikan ilmu melalui rumah-rumah Allah yakni masjid. Dalam konteks Masjid Al-Azhar, pendidikan secara formal dilaksanakan melalui kelas-kelas agama, ataupun program-program kemasyarakatan yang melibatkan interaksi dua hala serta melibatkan khalayak yang ramai. Bagi pendidikan secara tidak formal pula, ia dilihat melalui suasana yang diperolehi individu melalui tarbiah pengimarahan masjid itu sendiri. 

Penulis: Muhammad Zuhdi Bin Jasman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Sumber: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI :

Nama : Mudzirah Aishah Pawanteh
Ketua Seksyen Pentadbiran Dan Komunikasi
Bahagian Pemasaran & Komunikasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Tel   : 03-89117000 ext 3507
Faks   : 03-89268462
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.