ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  WORLD TOURISM DAY (WTD) KEMBALI LAGI DENGAN TEMA "SUSTAINABLE TOURISM - A TOOL FOR DEVELOPMENT"

Wednesday 20/09/2017



KUALA LUMPUR 20 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) sekali lagi akan menganjurkan sambutan World Tourism Day (WTD) 2017, bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 26 dan 27 September 2017.
 
Bertemakan SUSTAINABLE TOURISM – A TOOL FOR DEVELOPMENT”, sambutan ini bertujuan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai berkenaan World Tourism Day selain memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat dan pelancong luar negara dari segi kepentingan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan; kemasukan sosial, pekerjaan dan pengurangan kemiskinan; kecekapan sumber, perlindungan alam sekitar dan perubahan iklim; nilai budaya, kepelbagaian dan warisan; dan persefahaman, serta keamanan bersama.
 
Sambutan kali ini akan dimeriahkan dengan WTD 2017 Cycling Night Ride pada jam 9.00 malam, 23 September 2017 (Sabtu) di Putrajaya.
 
Acara WTD 2017 Cycling Night Ride dijangka melibatkan  seramai 150 peserta, di mana 40 peserta adalah daripada Warga MOTAC, 30 peserta adalah daripada pengamal media, 20 peserta adalah daripada para pensyarah dan pelajar, 10 peserta adalah dari MATTA dan 50 peserta lagi daripada Perbadanan Putrajaya (PPJ).
 
WTD 2017 Cycling Night Ride yang berkonsepkan acara berbasikal sejauh 12km ini mendapat sokongan daripada  rakan strategik WTD 2017 iaitu Perbadanan Putrajaya (PPJ), Marina Putrajaya Sdn. Bhd., MOTAC Selangor, Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dan juga Red Aventure.
 
Sambutan WTD 2017 pada kali ini dijangka disertai oleh 500 orang peserta. WTD 2017 akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti mini pameran  pelancongan yang melibatkan antaranya  Taylor’s University,  Limkokwing University , Perbadanan Putrajaya, MATTA, Pameran dan promosi pakej homestay oleh FELDA, Fotografi dan Seni Alam semulajadi oleh Nest, Birding Tourism  oleh BirdGroup Taman Negara, Cherating EcoTrail oleh Legend Cherating Beach Resort.  
 
WTD 2017 juga menganjurkan  forum perbincangan yang akan berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 27 September 2017, jam 11.00 pagi dengan tema  Sustainable Tourism - a Tool For Development oleh panel-panel jemputan  daripada Malaysian Association of Hotels (MAH), Malaysian Association of Tours & Travel Agents (MATTA), Tourism Malaysia dan bakal  menampilkan Mantan Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng selaku Moderator.
 
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi WTD 2017.  

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tel : 03-80008000 
Faks : 03-88917181
Laman Web : www.motac.gov.my  
Emel : info@motac.gov.my
FB : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Instagram : mymotac
Twitter : mymotac

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.