ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM CAWANGAN BANGI BEROPERASI SEPENUHNYA

Tuesday 19/09/2017



KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa LHDNM Cawangan Bangi telah beroperasi sepenuhnya mulai 15 September 2017 di bawah seliaan Pejabat Pengarah Negeri (PPN) Putrajaya. Alamat dan talian yang boleh dihubungi adalah seperti yang berikut:
 
LHDNM CAWANGAN BANGI
MENARA HASIL, ARAS 3
NO.3, JALAN 9/10 SEKSYEN 9
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL AM         : 03-89133800
FAKS            : 03-89221801         
 
 
LHDNM Cawangan Bangi akan menguruskan sebilangan fail pembayar cukai individu dan syarikat yang sebelum ini ditadbir oleh beberapa cawangan seperti Cawangan Seremban, Cawangan Shah Alam, Cawangan Klang, Cawangan Cheras dan Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB).
  
Pemilihan fail untuk dipindahkan ke Cawangan Bangi adalah berdasarkan kepada poskod alamat surat menyurat terkini bagi semua kategori pembayar cukai (rujuk lampiran A). Pemindahan ini melibatkan 305,662 fail pembayar cukai Syarikat (C), Perkongsian (D) Perniagaan Tunggal (OG), Penggajian (SG) dan Majikan (E). Turut dipindahkan juga adalah Fail Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan fail pungutan.
 
Layari portal rasmi LHDNM di pautan www.hasil.gov.my untuk keterangan lanjut.

Sila klik disini untuk Lampiran A

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.