ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​XIANGYANG -- SEBUAH MODEL MENGENAI PEMBINAAN BANDAR RAYA DI CHINA TENGAH

Tuesday 19/09/2017



AsiaNet 70131

XIANGYANG, China, 19 Sept., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Lima tahun telah berlalu sejak Xiangyang, sebuah bandar raya di Wilayah Hubei di China tengah, mempertingkatkan pengubahsuaian pembangunan bandar mereka. Kerajaan tempatan telah melabur lebih 140 bilion yuan (21.3 bilion dolar Amerika) di dalam pembinaan kota raya, kebanyakannya disasarkan kepada meningkatkan taraf hidup penduduknya. Lebih banyak taman dan kawasan hijau, kemudahan pengangkutan dan mercu tanda kebudayaan telah dibina sejak itu, dengan membawa sebuah kehidupan yang lebih mudah, lebih sihat dan lebih berbudaya kepada semua orang yang tinggal di dalamnya.

Jambatan gantung Panggong berharga 1.13 bilion yuan, projek kerjasama yang pertama di bandar raya itu di antara kerajaan dan modal sosial, mencakupi 2.7 km dan akan meningkatkan kecekapan lalu lintas bandar raya itu apabila siap nanti.

"Memandu di kawasan pusat bandar akan menjadi lebih menyeronokkan," kata Chen Long, seorang warganegara.

Sebuah kawasan seluas 600 mu (40 hektar) pada asalnya dirancang sebagai sebuah taman bandar raya 20 tahun yang lalu, tetapi nilainya telah melonjak dalam tempoh tersebut. Meneruskan rancangan itu atau menggunakannya semula untuk tujuan hartanah yang amat menarik? Kerajaan memilih untuk meneruskan perancangan itu dan melaburkan sebanyak 200 juta yuan lagi untuk membina sebuah taman seluas 400,000 meter persegi di kawasan perdana itu.

Satu lagi kawasan di bahagian selatan bandar raya itu dengan kemudahan trafik dan persekitaran yang menyenangkan pada asalnya dirancang bagi sebuah bangunan kediaman untuk sebuah jabatan kerajaan. Bagaimanapun, gabenor-gabenor bandar raya itu memutuskan untuk mengambil balik kawasan itu dengan kadar harga yang tinggi untuk dibangunkan sebuah laman budaya yang percuma kepada semua warganegara.

Selama ribuan tahun, banyak sungai telah melalui atau melepasi Xiangyang. Keputusan kerajaan itu untuk membersih dan melindungi sembilan buah sungai yang ada telah membuat landskap bandar raya itu unik dan menarik buat kali pertama di dalam sejarah.

Selain pembinaan secara fizikal, budaya juga merupakan satu bahagian penting di dalam menaik taraf bandar raya itu.

Dermaga, yang diwarisi dari sejarah lama perkapalan di bandar raya itu, telah dipulihkan sebagai pintu masuk kepada pengalaman kebudayaan dan ekologi pelancongan mereka  yang tersendiri.

Arca-arca yang melambangkan permainan dan aktiviti santai pada masa lalu seperti gasing cambuk, sabung ayam dan berjalan memakai jangkungan, telah didirikan di sepanjang jalan-jalan utama dan di taman-taman awam di bandar raya itu.

Di samping itu, lima syarikat bas dengan ilustrasi yang melakarkan mercu tanda bandar raya itu bergerak siang dan malam di kota raya itu; tong-tong sampah yang dicetak dengan logo mengenai bangunan-bangunan purba di bandar raya itu telah ditempatkan di sepanjang jalan-jalan utama; kawasan hijau, tempat letak kereta ekologi dan jambatan-jambatan yang dihiasi kesemuanya mempunyai bahan-bahan cerita tentang sejarah lama Xiangyang.

Pengintegrasian unsur-unsur sejarah dan budaya bandar raya itu dengan pembinaan bandarnya adalah satu garis panduan yang sentiasa ditekankan oleh kerajaan tempatan dan diikuti, sekali gus memastikan kesemua bangunan dapat dimuatkan ke dalam budaya dan mercu tanda bandar raya itu ketika memenuhi tuntutan rakyatnya.

Taman-taman warisan dengan kemudahan yang selesa telah dirancang dan dibina dengan teliti. Tokong-tokong purba, arca-arca dan pagar-pagar juga dipelihara sebagai saksi yang berharga mengenai zaman lampau bandar raya itu. Pengubahsuaian blok-blok sejarah dipercepatkan juga di dalam usaha mempromosikan Xiangyang sebagai sebuah bandar raya bersejarah dan kebudayaan yang masyhur.

Pada awal tahun 2014, kerajaan bandar raya itu berikrar untuk menjadikan Xiangyang sebagai sebuah bandar raya taman. Penghijauan telah menjadi satu daripada keutamaan tugas semenjak tiga tahun yang lalu. Sekarang dari mana sahaja di bandar raya itu dengan sebuah sistem ekologi kawasan hijau yang jitu, seseorang dapat melihat kehijauan ketika berjalan dalam jarak 500 meter, sebuah taman dalam lingkungan 1,000 meter dan sebuah sungai dalam jarak dua kilometer.

Trafik moden yang mempunyai jambatan-jambatan yang sesuai adalah satu lagi ciri-ciri Xiangyang. Pembinaan infrastruktur utama tidak pernah terhenti semenjak lima tahun yang lalu, kerana bandar raya itu bertekad untuk memperbaiki rangkaian jalan raya dan perkhidmatan trafiknya yang komprehensif.

Jambatan-jambatan dan persimpangan bertingkat lebuh raya yang baharu disiapkan satu demi satu, sementara sebuah jalan lingkaran telah meningkatkan keseluruhan lalu lintas bandar raya itu ke satu tahap baharu. Perangkaan menunjukkan bahawa 135 jalan raya dengan panjang keseluruhan 205 km telah ditambah atau diubahsuai, 15 lagi jalan  dihubungkan kepada rangkaian lalu lintas bandar raya itu, 10 jejantas untuk pejalan kaki dan dua laluan bawah tanah disiapkan, dan lebih 100 stesen bas dinaik taraf sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Pengubahsuaian ke atas bandar raya lama dan pembinaan bandar raya baharu dilaksanakan seiringan. Sehingga akhir tahun 2016, kerajaan tempatan telah mencapai persetujuan dengan lebih 90 peratus penduduk yang tinggal di lima kawasan melarat yang utama di bandar raya itu. Tidak lama kemudian kawasan-kawasan ini akan digantikan dengan taman-taman, gedung-gedung serbaneka dan bangunan pejabat mewah.

Dengan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Xiangyang dan seluruh China, bandar raya yang serba baharu itu mengalu-alukan tetamu dari jauh.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Xiangyang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=296697
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.