ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM HIKING "1 NEGERI 1 GUNUNG"

Friday 15/09/2017



KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Gerakwanis Gerakan Belia 4B akan menganjurkan program hiking "1 Negeri 1 Gunung" dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Belia dan Sukan, Gerakan Puteri Umno dan 1 Volunteerism pada 17 September 2017 bertempat di Gunung Datuk Negeri Sembilan. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan di Negeri Sembilan dan merupakan permulaan bagi program Hiking "1 Negeri 1 Gunung". 

Program ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada golongan belia di luar sana dimana dengan menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan program ini. Ternyata, dalam masa 2 jam sahaja, penyertaan yang dibuka telah menjangkau lebih daripada 200 orang yang terdiri daripada golongan belia. Ini membuktikan bahawa golongan belia masa kini amat tertarik dengan sukan ekstrem seperti mendaki gunung, berbasikal dan sebagainya. Program yang dianjurkan oleh Gerakwanis Belia 4B ini adalah satu platform dan permulaan yang cukup baik untuk golongan belia menceburi aktiviti-aktiviti seperti ini  yang memberi banyak manfaat dari segi kesihatan fizikal dan mental. Bagi pihak diri saya sendiri, saya mengalu-alukan program seperti ini kerana ia dilihat mampu mengukuhkan kesepaduan dalam golongan belia di seluruh negara dan diharap program yang bermula di Gunung Datuk ini akan menjadi penanda aras yang terbaik untuk program-program yang akan datang. 

Penyertaan adalah dibuka kepada orang ramai dan peserta boleh mengikuti akaun Instagram gerakwani belia 4B untuk segala maklumat dan tuntutan gambar aktiviti program, persendirian dan kumpulan di dalam program ini. 

Sekian, terima kasih. 

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Encik Muadz Samat 
Pegawai Khas Media
Tel : 012-363 9765

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.