PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 21, 2017 -Khamis

 
  TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION MENGUMUMKAN PEMACU CAKERA KERAS 1TB UNTUK APLIKASI PENYIMPANAN MUDAH ALIH PELANGGAN

Tuesday 12/09/2017



Model HDD Siri MQ04 baharu menyampaikan kapasiti 1TB untuk PC mudah alih, sistem permainan dan aplikasi penyimpanan lain oleh pelanggan

TOKYO, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation hari ini mengumumkan HDD 1TB[1]  Siri MQ04 mereka yang baharu, yang direka untuk aplikasi yang memerlukan kapasiti tinggi, penyimpanan yang sangat tahan lama, termasuk komputer bimbit, sistem permainan, semua dalam satu sistem atas meja garis nipis dan peralatan kotak atas set. Penghantaran bagi model MQ04 1TB bermula hari ini, dengan ketersediaan umum.

Model cakera tunggal Siri MQ04 itu menawarkan kapasiti[2]  terbesar dalam industri penyimpanan bagi setiap cakera untuk HDD 2.5-inci, dan menyampaikan 1TB bagi kapasiti penyimpanan data di dalam faktor bentuk ultra-padat 2.5 inci hanya pada ketinggian 7mm.  Dengan sebuah antara muka[3] SATA 6 Gbit/sesaat, 5,400 kelajuan putaran dan sebuah penimbal 128MiB[4] yang besar, pemacu baharu itu direka bentuk untuk pencapaian kadar jangkau dan pemindahan yang konsisten, dan meningkatkan pencapaian kadar pemindahan yang berterusan sebanyak 34 peratus berbanding model generasi MQ01 1TB sebelum ini. Ia dijangka memenuhi permintaan pasaran yang kukuh di dalam pasaran HDD pelanggan bagi pencapaian tinggi, kapasiti penyimpanan yang besar untuk aplikasi seperti komputer bimbit, dan untuk merakamkan imej dan data yang beresolusi tinggi.

Kumpulan Toshiba meletakkan HDD sebagai satu bidang perniagaan tumpuan di dalam perniagaan penyimpanan mereka. Dengan meningkatkan barisan produk mereka, Toshiba berhasrat untuk mempertingkatkan lagi penyelesaian bagi aplikasi dari komputer bimbit kepada pusat-pusat data dan produk-produk kebolehpercayaan yang tinggi di kedua-dua pasaran perusahaan dan pengguna, dan untuk memastikan ia berada pada kedudukan yang unik bagi memenuhi permintaan merentasi keseluruhan rangkaian keperluan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan HDD Toshiba yang terkemuka di dalam industri, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/storage-products/client-hdd.html 

Table

Pertanyaan Pelanggan:
Bahagian Penyimpanan Produk
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html 

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. 

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (TDSC) menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak dijual dari Toshiba Corporation untuk menjadi sebuah syarikat baharu pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD. 

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. 

Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html 

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51679080&lang=en 

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Yusuke Hatano, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170911005383/en 


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.