PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
  QUANTOPIAN MEMBAWA QUANTCON KEMBALI KE SINGAPURA 28 HINGGA 30 SEPTEMBER

Tuesday 12/09/2017



SINGAPURA, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quantopian, sebuah platform dalam talian percuma yang menyediakan pendidikan dan peranti untuk mencipta strategi-strategi pelaburan kuantitatif baharu, akan mengadakan persidangan tahunan QuantCon Singapura mereka yang kedua dari 28 hingga 30 September.

Acara tiga hari itu akan memberi tumpuan kepada perdagangan algoritma dan rundingan berhubung ciri-ciri oleh pakar-pakar terkemuka di dalam pelaburan kuantitatif daripada firma pengurusan aset, syarikat teknologi, bank pelaburan, dan tokoh-tokoh akademik.

Quantopian berkata ia baru-baru ini menambah beberapa penceramah baharu kepada persidangan itu, termasuk: Danielle Jiang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hedga Technology; Xiaoyou Chen, Ketua bagi Opsyen Dagangan di Shanghai Junzhi Asset Management Ltd.; Pierre Maarek, Naib Presiden, Penyelidikan Kuantitatif Linear di J.P. Morgan; Emmett Kilduf, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Eagle Alpha; dan Dr. Juan Cheng, saintis data di InfoTrie.

Ucapan dasar bagi acara itu akan disampaikan oleh Yi Li, pengurus portfolio bagi Systematic Investment Group GIC.

Penceramah lain termasuk: Josh Holcroft, Ketua bagi Penyelidikan Kuantitatif, Asia, di UBS Investment Bank; Juan Cheng, saintis data di InfoTrie; Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Pelaburan di Rayliant Global Advisors; Dr. Haksun Li, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di NM Ltd., sebuah syarikat penyelidikan perdagangan algoritma dan perunding matematik; dan Rob Carver, Peniaga Niaga Hadapan Sistematik Bebas, Penulis dan Perunding Penyelidikan.

"Kami merasa dihormati kerana mempunyai sebuah kumpulan pemimpin terkemuka yang mengambil bahagian di dalam QuantCon Singapura pada tahun ini," kata John Fawcett, Ketua Pegawai Eksekutif Quantopian. "QuantCon mengumpulkan bersama orang pintar dan membantu mereka mengembangkan strategi-strategi pelaburan yang berinovatif."

Acara tiga hari itu, yang diadakan di Hotel Grand Copthorne Waterfront di Singapura, akan dibuka dengan bengkel amali satu hari mengenai perdagangan algoritma, perdagangan niaga hadapan, dan pelaburan kuantitatif. Hari kedua akan diisi dengan ceramah dan tutorial mengenai strategi perdagangan, set data pilihan, dan pembelajaran mesin. Persidangan itu berakhir dengan hackaton berpusatkan data secara percuma – yang memberikan kepada peserta dengan peluang bagi menempatkan strategi perdagangan mereka untuk diuji.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Quantopian telah membina sebuah komuniti yang pesat berkembang yang terdiri daripada lebih 140,000 orang yang menggunakan platform itu untuk mendidik diri mereka mengenai pelaburan kuantitatif, mewujud dan menguji algoritma pelaburan.

Quantopian melesenkan strategi-strategi pelaburan penggunanya yang terbaik sebagai sebahagian daripada perniagaan pengurusan pelaburan syarikat itu. Penulis-penulis di mana algoritma mereka dilesenkan datang dari seluruh pelusuk dunia, termasuk China, India dan Australia.

Untuk melihat senarai lengkap penceramah atau untuk mendaftar bagi kesemua atau sebahagian daripada QuantCon, sila layari https://quantconsingapore2017.splashthat.com/.

Maklumat mengenai Quantopian

Orang ramai di merata tempat menyelesaikan cabaran pelaburan yang paling sukar pada hari ini dengan menggunakan Quantopian.
Quantopian mendidik individu dengan ceramah, tutorial, data, peranti, dan komuniti dalam talian mereka - kesemuanya secara percuma. Ahli-ahli dari semua latar belakang belajar dengan menyelidik dan mewujudkan strategi pelaburan.

Quantopian menawarkan perjanjian berlesen untuk strategi yang sesuai dengan strategi pelaburan mereka, dan penulis-penulis pelesenan dibayar 10% daripada keuntungan bersih strategi itu, berdasarkan kepada prestasi individu strategi mereka. Syarikat itu telah menerima hampir $50 juta di dalam pelaburan ekuiti, termasuk sebuah dana Siri C yang ditutup pada penghujung tahun lalu dan diketuai oleh Andreessen Horowitz.

Sehingga kini, lebih lapan juta simulasi telah dijalankan pada platform Quantopian. Untuk Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Quantopian.com.

Hubungi

Quantopian
Kelly Elmstrom, 617-767-6880
kelmstrom@quantopian.com

Sumber: Quantopian

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:

http://www.businesswire.com/news/home/20170911006338/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.