PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 21, 2017 -Khamis

 
  ​Z-WAVE ALLIANCE ALU-ALUKAN HUAWEI DALAM LEMBAGA PENGARAH

Tuesday 12/09/2017



Pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global yang terkemuka mengisytiharkan peranan kepimpinan dalam Alliance

FREMONT, Calif., 12 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Z-Wave Alliance, iaitu konsortium terbuka bagi syarikat global terkemuka yang mengguna pakai piawaian rumah pintar Z-Wave, hari ini mengumumkan penyertaan pembekal penyelesaian ICT yang terkenal, Huawei dalam Lembaga Pengarah Alliance. Huawei menyertai ahli utama lain yang termasuk ADT, Alarm.com, FIBARO, Ingersoll-Rand, Jasco Products, LEEDARSON, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings, dan Sigma Designs.

Huawei merupakan pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka dengan penyelesaian, produk dan perkhidmatan inovatif yang digunakan di lebih daripada 170 buah negara dan rantau. Banyak syarikat ahli Z-Wave Alliance, termasuk Aeon Labs, LEEDARSON dan FIBARO merupakan sebahagian daripada ekosistem IoT prapenyepaduan OceanConnect Huawei.

Ekosistem Z-Wave telah memperlihatkan pertumbuhan yang tak pernah berlaku sebelum ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kebanyakan pengeluar teknologi besar, pembekal perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi memasukkan Z-Wave ke dalam penyelesaian rumah pintar mereka. Sebagai Ahli Utama Z-Wave Alliance, Huawei akan memegang peranan yang lebih penting dalam mengetuai Alliance dan membantu membimbing inisiatif akan datang serta mempromosikan kerjasama di antara ahli.

“Kami bangga untuk meningkatkan peranan kami dalam Z-Wave Alliance dengan menyertai Lembaga Pengarah,” ujar Yang Qin, Pengarah Pemasaran Komunikasi Awan untuk Barisan Produk Rangkaian Teras Awan Huawei. “Z-Wave adalah teknologi yang sangat penting untuk industri rumah pintar dan industri khusus yang lain, dan menyertai Alliance adalah penting bagi Huawei untuk mempromosikan teknologi Z-Wave yang digunakan secara meluas dalam industri IoT.”

“Huawei telah lama menjadi ahli aktif dalam Z-Wave Alliance dan penyertaan Lembaga Pengarah menunjukkan komitmen mereka terhadap pertumbuhan IoT dalam rumah pintar dan dalam peranan kepimpinan Z-Wave dalam pasaran tersebut,” jelas Mitchell Klein, Pengarah Eksekutif.

Keahlian Z-Wave Alliance kini melebihi 600 ahli dari seluruh dunia dengan lebih daripada 2100 peranti sah rumah pintar dan IoT. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Z-Wave Alliance, sila lawati http://z-wavealliance.org. Ikuti Z-Wave Alliance di FacebookTwitter dan LinkedIn untuk mengetahui berita terkini.

Tentang Z-Wave
Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU terbuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia merupakan teknologi kawalan rumah wayarles yang terkemuka dalam pasaran hari ini, dengan lebih daripada 2100 produk sah yang boleh saling beroperasi di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 600 buah syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan penyumbang utama bagi penyelesaian kehidupan pintar untuk aplikasi bidang keselamatan rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan komersial ringan.

Z-Wave® ialah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs (NASDAQ SIGM) dan anak-anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Tentang Z-Wave Alliance
Ditubuhkan pada bulan Januari 2005, Z-Wave Alliance merupakan konsortium bagi syarikat terkemuka dalam ruang teknologi rumah yang dikhususkan bagi usaha menjayakan Z-Wave sebagai piawaian bagi produk kawalan rumah wayarles. Ahli utamanya termasuk: ADT, Alarm.com, FIBARO, Huawei, Ingersoll Rand Nexia Intelligence, Jasco Products, Leedarson, LG Uplus, Nortek Security & Control, SmartThings dan Sigma Designs. Ahli Perikatan ini menerajui pasaran kawalan rumah, menyediakan produk dan sistem yang tercanggih yang menyampaikan keselesaan, kemudahan, pemulihan tenaga, keselamatan dan keterjaminan yang dipertingkatkan.

Tentang Huawei
Huawei merupakan pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk memperkayakan dan menambah baik kecekapan melalui dunia tersambung yang lebih baik, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pengusaha inovatif untuk masyarakat bermaklumat dan penyumbang kolaboratif kepada industri tersebut. Didorong oleh inovasi berpusatkan pelanggan dan kerjasama terbuka, Huawei telah membangunkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberikan kelebihan persaingan kepada pelanggan dalam rangkaian, peranti dan perkomputeran awan telekomunikasi dan perusahaan. Pekerja Huawei yang seramai 180,000 di seluruh dunia komited untuk mencipta nilai maksimum untuk pengendali, perusahaan dan pelanggan telekomunikasi. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif digunakan di lebih 170 buah negara dan rantau yang memberi perhidmatan kepada satu pertiga daripada populasi di dunia. Diasaskan pada tahun 1987, Huawei merupakan sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh pekerjanya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di http://www.huawei.com.

Pernyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna bagi Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk pernyataan tentang manfaat keahlian Z-Wave Alliance, manfaat penggunaan Z-Wave dalam tawaran produk, termasuk manfaat ciri tertentu peranti Z-Wave yang dipertingkat. Hasil sebenar mungkin berbeza dengan ketara kerana beberapa faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan Z-Wave Alliance oleh pengguna dan pelanggan (termasuk manfaat keahliannya), dan teknologi Z-Wave di rantau yang berkaitan, keupayaan Z-Wave Alliance untuk bersaing dengan perikatan yang serupa dalam industri dan berkenaan teknologi Z-Wave untuk bersaing dengan teknologi atau produk lain yang berkaitan di pasaran, jika ada, serta risiko lain yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan yang dibuat pada Borang 10-Q. Pembaca dinasihatkan agar tidak meletakkan kepercayaan yang tidak wajar pada pernyataan masa hadapan ini, yang hanya setakat tarikh yang dinyatakan di sini. Kami tidak memikul apa-apa tanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum atau dengan cara lain mendedahkan hasil apa-apa semakan kepada pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat kerana peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan peristiwa yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Caster Communications, Inc. di 401.792.7080
Ashley Daigneault ashley@castercomm.com (401) 651-3242
Untuk mendapatkan imej digital, log masuk ke www.castercomm.com

Sumber : Z-Wave Alliance

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.