PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
  FESTIVAL BUSAN ONE ASIA 2017 MELANCARKAN JUALAN TIKET RASMI PADA 11 SEPT

Tuesday 12/09/2017



"Datang ke Busan dan tonton persembahan oleh Apink, ASTRO, B.A.P, Black Pink, GFriend, Wanna One, Sechskies"
 
  • Tiket akan dijual secara dalam talian di ticket.hanatour.com untuk pertunjukan pembukaan BOF pada 11 September, perjumpaan para peminat pada 14 September dan acara penutupan BOF pada 18 September.
 
BUSAN, Korea Selatan, 12 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jualan tiket dalam talian untuk Festival Busan One Asia (BOF) 2017, Festival Gelombang Korea No.1 di Asia, akan bermula pukul 8  p.m. pada 11 September, dan anda boleh membeli tiket dari laman sesawang  tiket (ticket.hanatour.com).
 
BOF dianjurkan oleh Kerajaan Bandaraya Metropolitan Busan dan dikendalikan oleh Organisasi Pelancongan Busan. Ia adalah gabungan infrastruktur budaya dan pelancongan Busan, kandungan Hallyu dan budaya Asia. Festival ini merupakan acara pertukaran untuk golongan muda dari seluruh dunia untuk mengumpulkan dan menikmati semua perkara mengenai budaya K, termasuk K-pop, K-makanan dan K-kecantikan, di satu tempat. Ia adalah jenama pelancongan yang mewakili Asia. Pelbagai persembahan dan pameran akan diadakan di Stadium Utama Busan Asiad, Pusat Pawagam Busan, Gunam-ro di Haeundae, dan tapak lain Busan dari Ahad, 22 Oktober hingga Selasa, 31 Oktober.
 
Tiket untuk pertunjukan pembukaan akan dijual pada hari Isnin, 11 September. Acara pembukaan BOF akan berlangsung di Stadium Utama Busan Asiad pada hari Ahad, 22 Oktober. Apink, ASTRO, B.A.P, Black Pink, GFriend, Wanna One and Sechskies akan mengujakan penonton di malam pembukaan. Tiket tingkat bawah dan tingkat dua adalah masing-masing KRW20000 dan KRW10000.
 
Tiket untuk perjumpaan para peminat akan bermula pada pukul 8 p.m. pada 14 September. Sebanyak lima perjumpaan peminat BOF akan diadakan di Teater Haneulyeon di Pusat Pawagam Busan dari Isnin, 23 Oktober hingga Jumaat, 27 Oktober. Kemasukan adalah percuma tetapi hanya komisen tiket akan dikenakan.
 
Tiket untuk acara penutup akan dijual pada pukul 8 p.m. pada 18 September. Pameran penutup BOF dijadualkan pada hari Selasa, 31 Oktober,di sebuah teater luar di Pusat Pawagam Busan. Tiket untuk tempat duduk tingkat bawah dan tempat duduk tingkat dua ialah KRW20000 dan KRW10000.
 
Barisan BOF akan dikemas kini secara berterusan. Untuk maklumat lanjut, lihat laman sesawang festival (bof.or.kr) dan Facebook Facebook (facebook.com/BusanOneAsiaFestival).
 
Galeri Foto/Multimedia Tersedia: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51680653&lang=en
 
Hubungi
Festival Busan One Asia
SHIN YOONKYUNG, +82-10-8923-7261
mars@sbs.co.kr

Sumber: Festival Busan One Asia
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.