|
|
|
 |
|
|
PERSATUAN ANTARABANGSA UNTUK KAJIAN KANSER PARU-PARU MENGUMUMKAN PILIHAN ABSTRAK UNTUK PERSIDANGAN DUNIA KE-18 BAGI KANSER PARU-PARU
Monday 11/09/2017
Penyelidikan baru akan memberi pendedahan terhadap kemajuan terbaru dalam penyelidikan kanser paru-paru DENVER, 11 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) mengumumkan hari ini pilihan abstrak untuk Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) yang akan berlangsung di Yokohama, Jepun pada 15 hingga 18 Oktober 2017. Penyelidikan ini akan dibentangkan semasa persidangan oleh penyelidik, pakar perubatan, jururawat dan penyokong bertaraf antarabangsa dari seluruh pelosok dunia dan akan menekankan perihal kemajuan terkini dalam pencegahan dan rawatan kanser paru-paru serta sains merangkumi pelbagai kategori yang berlainan termasuk pembedahan, radioterapi, terapi sasaran, imunoterapi, sokongan pesakit dan banyak lagi. “Penyelidikan baru ini dirancang untuk dibentangkan pada persidangan dunia tahun ini, mengukuhkan lagi usaha kami dalam mengembangkan pendidikan dan penyelidikan global untuk kanser paru-paru,” ujar Fred R. Hirsch, MD, PhD, Profesor Perubatan dan Patologi di Pusat Kanser dan Sekolah Perubatan Universiti Colorado dan CEO IASLC. “Persidangan kami adalah unik kerana kami memberikan tumpuan khusus pada kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain, menampilkan penyelidikan para cendekiawan terbaik dalam bidang ini merentasi segala disiplin. Semangat kolaborasi ini kritikal dalam merawat kanser paru-paru di seluruh dunia.” Pensampelan bagi abstrak untuk WCLC 2017 termasuklah: - Faktor Sosioekonomi yang Mempengaruhi Hasil Kanser Paru-Paru Bukan Sel Kecil (NSCLC): Analisis Berasaskan Populasi Besar – Yanyan Lou, USA
- RESPECT-MESO: Percubaan Terkawal Secara Rawak Antarabangsa untuk Menilai Penjagaan Paliatif Khas Awal dalam Mesotelioma Pleura Malignan – Fraser Brims, Australia
- Kos dan Keberkesanan Kos dalam Pemberhentian Merokok Dalam Penyaringan Kanser Paru-Paru (LC) CT Teratur – William Evans, Canada
- Percubaan Ph III SCAT: CT Adjuvan Berasaskan Tahap BRCA1 di NSCLC N+ Pesakit Diresek. Keputusan Mandiri Akhir Kumpulan Percubaan Kanser Paru-paru Sepanyol – Bartomeu Massuti, Sepanyol
- Projek Pemeringkatan Kanser Paru-paru IASLC: Analisis bagi Status Margin Silang Alik dan Cadangan untuk Pemerihal Status R untuk Kanser Paru-paru Bukan Sel Kecil – John Edwards, UK
- Hubung Kait bagi Ekspresi DLL3 dengan Ciri-ciri dan Prognosis Klinikopatologi Karsinoma Neuroendokrin Pulmonari Gred Tinggi – Li-Xu Yan, China
- Hasil Laporan Pesakit dengan Durvalumab selepas Kemoradiasi dalam NSCLC Lanjutan Tempatan dan Tidak Boleh Diresek: Data daripada PACIFIC; Kualiti data kehidupan tentang rawatan radiasi dengan atau tanpa imunoterapi – Rina Hui, Australia
- Senaman Meningkatkan Keupayaan Fungsi pada Pesakit dengan Kanser Paru-Paru Tahap Lanjutan – Morten Quist, Denmark
- Pengurangan Mortaliti Kanser Paru-Paru dalam Populasi Berbeza melalui Penyelidikan dan Pendidikan Akses Kesedaran Kanser-Masyarakat (C-CARE) – Lovoria Williams, USA
Abstrak yang disenaraikan di atas akan ditampilkan dalam program akhbar. Untuk senarai penuh abstrak, lawati tapak web WCLC 2017 di sini. Mengenai WCLC:Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) merupakan perjumpaan terbesar di dunia yang khusus untuk kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks yang lain, mengumpulkan lebih daripada 6,000 orang penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 buah negara. Matlamatnya adalah untuk menyebarkan pencapaian saintifik terkini; meningkatkan kesedaran, kolaborasi dan pemahaman tentang kanser paru-paru serta membantu peserta mengguna pakai kemajuan terkini di seluruh dunia. Persidangan yang dianjurkan di bawah tema "Segerak untuk Merawat Kanser Paru-Paru" ini akan meliputi pelbagai disiplin yang meluas dan mendedahkan beberapa hasil kajian penyelidikan dan ujian klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://wclc2017.iaslc.org/. Mengenai IASLC:Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang khusus untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. IASLC diasaskan pada tahun 1974 dan keahlian persatuan ini termasuk lebih daripada 6,500 orang pakar kanser paru-paru merentasi segala disiplin dari lebih 100 buah negara, membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk merawat kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology iaitu sebuah penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawati www.iaslc.org untuk mendapatkan maklumat lanjut. Hubungan: Hillary Wasserman +1 212-784-5726 hwasserman@groupgordon.com Sumber : IASLC
--BERNAMA |
|
|
|
|
|