PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
  KEBAKARAN KECIL MELIBATKAN 'MACHINE SEALER' DI BILIK PACKING DEWAN BEDAH, HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU

Sunday 10/09/2017



PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru ingin memaklumkan bahawa pada pukul 3.50 petang 9 September 2017, telah berlaku satu kebakaran kecil melibatkan sebuah alatan 'machine sealer' di bilik 'packing' Dewan Bedah HSA. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan lain akibat kebakaran kecil ini.

Alat 'machine sealer' ini adalah digunakan pada setiap syif bertujuan untuk membungkus peralatan pembedahan sebelum dihantar ke unit Central Sterile Service Unit (CSSU) untuk disterilkan. Pada jam 3.50 petang seorang jururawat telah ternampak api terpercik keluar dari 'machine sealer' tersebut. Tindakan pemadaman api telah dilakukan dengan serta merta mengikut protokol sedia ada, dan api dapat dipadamkan dengan segera. Tiada kawasan atau alatan lain terlibat dalam insiden terpencil ini.

Walaupun keadaan adalah terkawal, panggilan Bomba telah dibuat bagi bantuan kecemasan dan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keselamatan tidak terjejas. Pihak Bomba telah tiba pada pukul 4.00 petang dan menasihatkan agar kawasan kejadian dikuarantin terlebih dahulu sehingga siasatan lanjut dijalankan. Sebagai langkah keselamatan, 4 Dewan Dedah berdekatan telah ditutup buat sementara waktu. Namun begitu perkhidmatan pembedahan yang telah dirancang masih diteruskan seperti biasa menggunakan dewan bedah yang lain, dan prosedur pembungkusan peralatan pembedahan masih boleh dijalankan dengan menggunakan 'machine sealer' yang lain. Kesemua dewan bedah akan mula beroperasi semula pada pagi 10 September 2017. 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.