PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
  PENAFIAN LHDNM BERKENAAN WHATSAPP PENETAPAN KPI PEGAWAI LHDNM

Friday 08/09/2017



KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian masyarakat umum berkenaan satu whatsapp yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini berkenaan penetapan sasaran KPI berjumlah RM6 juta seorang bagi pegawai LHDNM dalam mencapai sasaran kutipan cukai bagi tahun 2017.

LHDNM menafikan dakwaan tersebut bahawa ia telah menetapkan sasaran sedemikian untuk pegawai auditnya. LHDNM juga memandang serius tohmahan bahawa pegawai LHDNM bertindak tidak profesional semasa menjalankan audit gara-gara sasaran yang ditetapkan itu.
 
Adalah dimaklumkan bahawa sasaran kutipan tahunan LHDNM ditetapkan oleh kerajaan dan dimaklumkan kepada umum semasa pembentangan bajet tahunan negara oleh Menteri Kewangan.
 
Justeru, inisiatif dan strategi LHDNM bagi mencapai sasaran tersebut telah dirancang seawal November 2016, dan dilaksanakan mulai Januari 2017. Adalah dimaklumkan juga bahawa inisiatif, strategi, sasaran dan pencapaian ini dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Anggota LHDNM, di mana ahli Anggota LHDNM terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta. 

Mengikut trend pencapaian kutipan semasa, ia menunjukkan peningkatan yang positif berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Selain itu, perkembangan ekonomi Malaysia sebanyak 5.8% dalam suku kedua tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara pada 18 Ogos 2017, menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia mampu melepasi unjuran yang telah ditetapkan pada sekitar 4.3-4.8% sebelum ini.
 
Berdasarkan perkembangan ekonomi yang positif, serta dipacu oleh strategi penguatkuasaan dan pendidikan cukai LHDNM pada tahun ini, iaitu memudahkan pematuhan dan menyukarkan ketidakpatuhan, LHDNM akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemungut hasil utama negara, berdasarkan perundangan percukaian yang berkuatkuasa. 

LHDNM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pembayar cukai di luar sana untuk menyimpan semua rekod berkaitan pendapatan dan perbelanjaan selama 7 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi memudahkan semakan sekiranya diaudit oleh LHDNM. Orang awam juga dinasihatkan untuk menghubungi LHDNM sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan semasa proses audit dijalankan. Maklumat lengkap berkenaan nama pegawai, waktu audit dan isu yang berlaku perlu dimaklumkan bagi memudahkan tindakan di pihak LHDNM.

Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
LHDN
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Fax : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.