PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 21, 2017 -Khamis

 
  HARI TERBUKA MIDA 2017 DISASARKAN MENARIK 5,000 PENGUNJUNG

Thursday 07/09/2017



Memanfaatkan pencari kerja, pemain industri dan orang umum

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sempena Ulang Tahun ke-50, agensi promosi pelaburan utama negara, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengadakan Hari Terbuka pada 18 September 2017 untuk memupuk pemahaman yang lebih baik mengenai peranan, kemudahan dan sumbangan MIDA.
 
Acara sehari itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Pelbagai program menarik disediakan, termasuk pameran kerjaya dan temuduga terbuka yang akan disertai oleh 50 syarikat asing dan tempatan. Ia dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk graduan dan pelajar dari institusi pengajian tinggi. Aktiviti-aktiviti lain yang akan diadakan pada hari tersebut termasuk taklimat industri dan perniagaan, pameran industri, klinik perniagaan dan ‘busking’ oleh bakat MIDA.
 
"Banyak usaha dan sumbangan MIDA tidak disedari oleh masyarakat umum, malah terdapat tanggapan bahawa MIDA hanya membantu MNC atau syarikat asing. Pada hakikatnya, MIDA sejak hari pertama sentiasa berusaha keras untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang Malaysia melalui pembangunan ekosistem dan menyediakan peluang perniagaan untuk syarikat tempatan dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat. Oleh itu, Hari Terbuka MIDA berfungsi untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran kepada orang ramai bahawa kemudahan dan perkhidmatan kami bukan hanya untuk syarikat besar asing tetapi kepada semua syarikat tempatan. Matlamat utama kami adalah untuk menjana pekerjaan yang berkualiti bagi kemakmuran negara," kata YBhg. Dato 'Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA semasa sidang media pra-acara yang diadakan di ibu pejabat MIDA hari ini.
 
Segmen pameran kerjaya adalah platform yang berharga bagi pencari kerja termasuk pelajar tahun akhir dan mereka yang mempunyai pengalaman bekerja untuk meneroka peluang pekerjaan dan latihan dari pelbagai majikan. Syarikat-syarikat terkemuka yang mengambil bahagian termasuk dari industri aeroangkasa, kimia, jentera & peralatan, elektrik & elektronik, pengangkutan, makanan & minuman, dan perkhidmatan logistik / industri e-dagang seperti CTRM, NADI Malaysia, Petronas Chemical, ViTrox, Infineon Technologies, Hotayi Electronics Malaysia, Coca-Cola, Nestle, Yakult, QSR Brands, GDex, Nationwide Express dan Lazada. Lebih 7,000 jawatan kosong termasuk dalam peringkat eksekutif dan ke atas ditawarkan. Pencari kerja digalakkan untuk berpakaian kemas dan membawa resume terkini mereka memandangkan sesi temuduga terbuka juga akan dijalankan. Pendaftaran dalam talian kini dibuka di http://midacareerfair2017.mida.gov.my
 
Program-program lain yang turut dianjurkan adalah pameran dan taklimat industri yang memberi peluang kepada pemain industri dan orang awam untuk berinteraksi serta mendapat maklumat terkini mengenai industri-industri utama di Malaysia. Topik yang diketengahkan, 'The Internet of Things Effect – Opportunities and Challenges' akan melibatkan pembentangan oleh Intel, Infineon Technologies dan ViTrox Technologies.
 
Komuniti peniagaan juga boleh memanfaatkan ‘Business Clinic’ yang diadakan sepanjang hari dalam menangani sebarang isu atau cabaran yang mereka hadapi dalam operasi atau pelaburan mereka di Malaysia. Antara agensi yang sedia membantu mereka dengan pertanyaan termasuk Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). TM dan Kastam juga akan memberi taklimat kepada komuniti perniagaan semasa acara tersebut.
 
Selain daripada program Hari Terbuka MIDA 2017, MIDA telah mengadakan pelbagai inisiatif lain untuk merayakan ulang tahun ke-50nya seperti siri persidangan Rantaian Bekalan serantau dan industri serta beberapa taklimat awam. Acara lain termasuk seminar untuk mempromosi kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknologi perkilangan pintar dan automasi sejajar dengan aspirasi negara ke arah Industri 4.0.
 
Mamandangkan pihak media merupakan medium utama yang menghubungkan MIDA dengan pihak berkepentingan dan juga orang awam, MIDA telah bekerjasama dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi menganjurkan Anugerah Media MIDA 2017. Ini untuk memberi penghargaan dan mengiktiraf rakan media MIDA. Semua wartawan warganegara sepenuh masa, wartawan bukan warganegara dan wartawan yang telah bersara dialu-alukan untuk menyerahkan penyertaan mereka sebelum 13 September 2017. Tiga kategori diperkenalkan iaitu Anugerah Media Cetak dan Portal Berita Online; Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV dan Video Portal Berita; dan Anugerah Fotografi. Majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Majlis Jamuan Gala MIDA pada 30 September 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MPI atau klik pautan berikut (http://mpi.my/release/hadiah-media-mida-2017-tawar-ganjaran-rm30000).

Link to these posters: https://drive.google.com/open?id=0B_CeoaUFAytlSi1kS2FGVl9qRVk

SUMBER : Malaysian Investment Development Authority (MIDA) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Puan Noor Aieda Ahmad
Director of Post-Investment & Infrastructure Support Division, and
Project Director for MIDA 50th Anniversary Celebration
Tel : 03-2267 6688
Email : nooraieda@mida.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.