PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 21, 2017 -Khamis

 
  PENAFIAN LHDNM MENGENAI LAMAN WEB PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN 2017

Thursday 07/09/2017



KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian orang ramai mengenai beberapa laman web berkaitan dengan Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang sedang tular di internet dan media sosial pada ketika ini. Alamat dan paparan Laman Web tersebut adalah seperti berikut:

(1)
http://www.examptd.info/panduan-contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn/

(2)      
https://kerjaya.co/rujukan-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn/

(3)
http://examptd.us4.listmanage2.com/subscribe?u=05cb51b7f69689e288d60103e&id=7bdfd27e13

(4)
http://kerjayamalaysia.com/contoh-soalan-peperiksaan-online-pegawai-eksekutif-gred-41-lhdn-di-malaysia/

LHDNM mengesahkan bahawa satu Peperiksaan Secara Dalam Talian (Online) Memasuki Perkhidmatan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDNM akan dijalankan pada 20 September 2017. Perlaksanaan Peperiksaan ini adalah dengan kerjasama dan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan teknologi melalui platform peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online ini akan menerima notifikasi daripada SPA melalui sistem pesanan ringkas atau e-mel.
 
Namun demikian, LHDNM ingin menegaskan bahawa laman web  Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 atau Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 seperti di atas atau mana-mana laman web seumpamanya adalah BUKAN daripada LHDNM. Semua laman web tersebut tiada kaitan dengan peperiksaan online berkenaan dan ia dibangunkan oleh pihak lain yang berkemungkinan mempunyai motif tertentu daripada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online LHDNM.
 
Justeru, LHDNM menasihatkan calon-calon yang layak serta orang ramai tidak mendedahkan sebarang maklumat mereka seperti yang diminta oleh laman web berkenaan. LHDNM juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah atau kerugian yang mungkin dialami oleh calon-calon peperiksaan dan orang ramai yang telah mendedahkan maklumat mereka kepada laman web tersebut.

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi
| Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.