PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

November 21, 2017 -Selasa

 
  PENGUMUMAN PENTING UNTUK INSTITUSI DAN ORGANISASI AGAMA YANG MENDAPAT KELULUSAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

Thursday 07/09/2017



KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian semua institusi dan organisasi yang telah memperolehi kelulusan di bawah peruntukan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 agar mematuhi syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan agar tidak berdepan dengan tindakan pembatalan kelulusan tersebut. 

Di antara syarat-syarat yang telah ditetapkan ketika kelulusan diberikan kepada setiap institusi dan organisasi ini ialah mereka hendaklah mengemukakan penyata kewangan beraudit oleh juruaudit bertauliah pada setiap tahun. Institusi dan organisasi tersebut juga hendaklah mengemaskini alamat serta ahli jawatankuasa baharu sekiranya berlaku perubahan. Syarat-syarat lain kelulusan di bawah peruntukan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah seperti di dalam surat kelulusan yang telah dikeluarkan kepada mereka. 

LHDNM memandang serius kegagalan institusi dan organisasi yang diluluskan di bawah peruntukan subseksyen 44(6) ACP1967 ini dalam mematuhi syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan dan LHDNM boleh mengambil tindakan untuk membatalkan kelulusan tersebut sekiranya terbukti berlakunya sebarang ketidakpatuhan dalam kalangan mereka.

Mengikut rekod LHDNM, sebanyak 1,963 institusi dan organisasi telah diluluskan dan masih aktif sehingga kini.

Nombor talian yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini adalah seperti yang berikut:

(i)            03-8313 8888 samb 21607
(ii)          03-8313 8888 samb 21608
(iii)         03-8313 8888 samb 21605

Sila layari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut. 

Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel  : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.