ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SNAPSHOT MILLIONAIRE TAWARKAN $1.1 JUTA USD UNTUK PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Tuesday 05/09/2017



AsiaNet 69833

PERTH, Australia, 5 Sept., 2017/Medianet International-AsiaNet/ --


Embargo 1 Sept
 
Syarikat permulaan dari Australia Snapshot Millionaire berhasrat untuk menawarkan lebih $1 Juta dolar dalam apa yang diharapkan akan menjadi pertandingan fotografi amatur paling lumayan yang pernah disaksikan di dunia.  

Dengan kadar $2 USD bagi setiap gambar yang disertakan dan diskaun bagi penyertaan berganda, Hadiah Pertama yang dibiayai untuk peserta sahaja dijangka mencecah $1 Juta dolar.

Pertandingan itu dibuka pada 1 September 2017. Rakamkan sebuah gambar yang luar biasa pada telefon bimbit, tablet, dron atau kamera anda, sertai melalui Aplikasi atau Laman Web, dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah dianggarkan $1 Juta USD.    
                    
Terdapat 16 buah Kategori yang masing-masing bernilai $5,000 USD dan anugerah wang tunai mingguan untuk gambar-gambar yang diterbitkan. Pengasas bagi Snapshot Millionaire berkata matlamat mereka adalah untuk memberikan setiap orang yang meminati fotografi dengan insentif yang menarik dan yang mendatangkan kepuasan untuk mempamerkan kemahiran dan keghairahan mereka.

"Kebanyakan daripada pertandingan lain mempunyai tumpuan yang sempit, yang pada kebiasaannya dikhususkan kepada golongan profesional, ahli-ahli kelab fotografi atau peminat yang berdedikasi. Kami ingin menunjukkan bahawa fotografi tidak ada kena mengena dengan saiz kanta anda atau harga bagi peralatan anda".

Pengasas-pengasas itu dengan tegas berpendapat bahawa sebuah gambar yang hebat boleh diambil oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan sama ada telefon bimbit, tablet, dron atau kamera di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Peserta untuk pertandingan sulung ini juga boleh memilih untuk menjanakan wang daripada gambar-gambar mereka dengan penyertaan percuma di peringkat awal ke dalam agensi foto stok Snapshot Millionaire. www.snapshotvault.com akan datang pada tahun 2018.

Penghakiman akhir untuk Snapshot Millionaire akan dipertanggungjawabkan kepada sebuah panel dunia yang terdiri daripada jurugambar-jurugambar profesional yang cemerlang - pengendali pelancongan foto Iceland dan Eropah yang terkemuka Iurie Belegurschi, doyen komersil Kanada Mike Gluss, wartawan foto Amerika Syarikat Ariana Lindquist, pakar Seni Bina dari United Kingdom Janie Airey, jurugambar bebas dari India Nadia Dias, pendukung alam benda dari Perancis Fabrice Fouillet, pemenang anugerah hidupan liar dan alam semulajadi dari Australia David Rennie dan seorang jurugambar pengembaraan yang utama di dunia Jason Lang dari Thailand.  

Ketua Hakim adalah jurugambar landskap Australia yang disanjung umum Adam Monk yang akan memilih kesemua pemenang daripada finalis yang dipilih oleh Hakim-hakim Antarabangsa.

Setiap gambar yang menyertai ke dalam Snapshot Millionaire akan dinilai di peringkat awal oleh 'mata-mata manusia'. Dengan memberi tip yang kuat, pengasas-pengasas itu mengatakan bahawa Hakim-hakim akan mencari "faktor wow" dan tidak semestinya kecemerlangan teknikal.

Muat turun Aplikasi percuma itu atau layari www.snapshotmillionaire.com. Pemenang akan diumumkan pada lewat tahun ini semasa sebuah majlis Anugerah melalui penstriman secara langsung di Facebook.
 
Hubungi:
Neil Watson
+61 419 999 484
e-mel: neil@snapshotmillionaire.global       
Snapshot Millionaire Pty Ltd
Perth, Australia Barat
 
SUMBER: Snapshot Millionaire Pty Ltd 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.