ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LONGMEN: SEBUAH DAERAH PERGUNUNGAN YANG BERTUKAR MENJADI TEMPAT KEINDAHAN SENI CONTOH DI CHINA

Wednesday 30/08/2017



AsiaNet 69831

LONGMEN, China, 30 Ogos, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Longmen, sebuah daerah pergunungan dengan pemandangan yang indah, satu paduan di antara peradaban dan kebudayaan purba, telah menjadi satu contoh yang baik mengenai lingkaran kehidupan yang berkualiti tinggi yang berasaskan kepada Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macao untuk membina sebuah tempat yang mempunyai keindahan seni. Dirahmati dengan percutian hijau, mata air panas yang sihat, pemandangan pastoral dan adat resam rakyat, pelancongan yang berkembang maju membuka sebuah jendela baharu bagi pembangunan daerah itu. Menurut perangkaan, pendapatan pelancongan tahunan bagi Longmen mencapai 4.93 bilion RMB pada tahun 2016, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 34.3%.

Subordinat kepada wilayah Guangdong, Longmen, sebuah daerah bersejarah yang terletak di zon utama di Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macao, dikenali sebagai "sebuah oasis di Garisan Sartan". Sebagai sebuah daerah yang bergunung-ganang dengan bukit bukau menyumbang lebih 73% daripada keseluruhan kawasan, dan kadar liputan hutan sebanyak 76.6%, Longmen menikmati nama sebagai "daerah pelancongan kebudayaan dan ekologi yang paling indah" dan "kampung halaman bagi kebudayaan dan kesenian rakyat China", dan merupakan satu daripada kawasan terbaik di Delta Sungai Pearl dari segi persekitaran ekologi. Kesemua perkembangan budaya ini telah ditandakan secara signifikan oleh lukisan-lukisan petani berkenaan.

Lukisan-lukisan petani Longmen berasal dari zaman Dinasti Qing. Pada tahun 1988, Longmen telah dicalonkan sebagai "kampung halaman bagi lukisan rakyat moden China" oleh negara itu. Sejak itu, mereka telah menyaksikan pembangunan Longmen.

Lukisan-lukisan yang dilukis oleh petani-petani telah menjadi pemandangan indah yang mudah ditemui di kebanyakan bandar raya di China. Lukisan-lukisan Petani Longmen menunjukkan sikap positif dan kebaikan hati oleh rakyatnya. Kebanyakan daripada mereka menzahirkan rasa estetika bagi akar umbi di China, dan mencerminkan konsep keharmonian di antara manusia dan alam semula jadi.

Di daerah kecil ini, terdapat lebih dari 350 orang pelukis yang melakarkan lukisan-lukisan petani, yang kebanyakan daripada mereka dilahirkan di kawasan pedalaman, dan mereka menggunakan masa lapang mereka untuk melukis. Lukisan-lukisan mereka menyelitkan pelbagai elemen kesenian rakyat seperti kertas potongan Cina, sulaman, dan mural dan lain-lain. Dengan menggunakan adat resam rakyat dan kebudayaan klasik Cina sebagai sumber inspirasi, lukisan-lukisan itu penuh dengan gaya desa dan mempunyai keindahan seni yang unik. Berkelana di kampung, anda boleh merasakan budaya itu melalui lukisan-lukisan petani yang indah.

"Lukisan-lukisan petani menjadikan kawasan desa begitu puitis dan pada masa yang sama moden," kata seorang pegawai dari Kerajaan Daerah Longmen.

Disebabkan oleh ekologi alam sekitarnya yang unggul, Longmen telah terus memanfaatkan potensi kebudayaan rakyat mereka dan memperluaskan konotasi lukisan-lukisan petani.

Di Crosswaters Ecolodge dan SPA di Pergunungan Nankun, wartawan berkenaan telah melihat teknik pembinaan yang menggabungkan dinding kob tradisional Hakka dengan buluh, dan menikmati keharmonian alam dan budaya. Menurut pengurus itu, direka khusus untuk "penyetempatan global", resort itu telah menjadi satu mercu tanda baharu bagi pelancongan ekologi Longmen, dan telah memenangi sijil bagi "Anugerah Reka Bentuk Landskap Global".

Terdapat banyak tarikan ekologi lain yang sama di Longmen. Sebagai sebuah ahli penting di Kawasan Teluk Raya Guangdong-Hong Kong-Macao, Longmen sedang mengukuhkan kelebihannya dari segi ekologi untuk menjadi sebuah contoh di dalam pertumbuhan ekonomi melalui sumber eko-budaya.

Pada hari ini, Longmen telah mendapat reputasi dan pengiktirafan di seluruh dunia melalui lukisan-lukisan petani mereka. Mereka telah menjadi satu cara komunikasi yang menghubungkan bersama budaya tradisional orang China dan dunia. Lukisan-lukisan ini telah memasuki Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Sweden, Australia, Fiji dan negara-negara lain. Ramai di kalangan pelukis-pelukis petani juga dijemput untuk mengadakan pameran pertukaran budaya di luar negara.
 
SUMBER: Kerajaan Daerah Longmen
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=295430

 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.