PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 

September 21, 2017 -Khamis

 
  HARI BERTEMAKAN HAINAN DIADAKAN DI PAVILION CHINA DI EKSPO ASTANA 2017

Thursday 17/08/2017



AsiaNet 69667

ASTANA, Kazakhstan, 16 Ogos, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
"Sila berkunjung ke Tianya Haijiao di mana musim bunga kekal sepanjang tahun; sila berkunjung ke Tianya Haijiao di mana bunga yang menguntum dan buah-buahan berada di atas bukit dan di bawah lembah." Pada 14 Ogos, 2017, acara Hari bertemakan Hainan, yang bertajuk "Hainan Indah, Pulau Sihat", telah dilancarkan di Pavilion China di Ekspo Astana 2017, yang bermula dengan satu pesta nyanyian dan tarian tropika dari Hainan.

Majlis pembukaan dihadiri kira-kira 160 orang, termasuk Yu Xun, Pengerusi Jawatankuasa CPPCC Hainan, Wang Jinzhen, Naib Presiden bagi Majlis untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Liu Jiangping, Duta sementara bagi Kedutaan China di Kazakhstan (KZ), Mynyura Murzamadieva, Presiden bagi Jawatankuasa Industri Pelancongan di Kementerian Kebudayaan dan Sukan KZ, wakil-wakil pavilion, komuniti perniagaan KZ dengan tetamu mereka, delegasi ekonomi dan perdagangan Hainan, serta media dari China dan negara-negara lain.

Yu Xun, semasa berucap pada majlis itu, memberikan satu pengenalan ringkas mengenai prestasi ekonomi Hainan, dengan menyatakan bahawa "Hainan Indah, Pulau Sihat" bukan sahaja satu tema bagi acara, tetapi juga satu gambaran sebenar mengenai Hainan. Menurut beliau, Hainan komited untuk membina dirinya menjadi sebuah tempat yang bahagia kepada penduduk tempatan, taman yang sentiasa kehijauan di China dan sebuah syurga pelancong merentasi seluruh dunia. Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan transformasi dan peningkatan di dalam pelancongan Hainan, sebuah pelancongan semua untuk satu sedang rancak, dan cengkaman dilonggarkan mengenai dasar pelancongan beli-belah bebas cukai luar pesisir. Pada masa akan datang, Hainan akan memberi tumpuan kepada 12 industri penting termasuk pelancongan, pertanian cekap tropika dan penjagaan kesihatan.

Mynyura Murzamadieva, berkata melalui aktiviti bertemakan Hainan itu, beliau dapat melihat sepintas lalu Hainan sebagai sebuah syurga pelancong dan merasa optimis mengenai prospek kerjasama itu di dalam bidang pelancongan di antara China dan KZ. Beliau juga menyebut bahawa, untuk memudahkan pelancong China dan menarik lebih ramai daripada kalangan mereka, kerajaan KZ sedang membuat penyesuaian dengan mengoptimumkan proses visa dan dasar-dasar transit tanpa visa ke arah pelancong China.

Semasa upacara pembukaan, dua perjanjian kerjasama ditandatangani, iaitu satu di antara Hainan CCPIT, Persatuan Perdagangan Antarabangsa Kazakhstan dan Persatuan Promosi Perdagangan Kazakhstan China. Untuk mengadakan lebih banyak kerjasama di antara Hainan dan KZ, Jabatan Pertanian di Hainan, Suruhanjaya Pelancongan Hainan, dan beberapa bandar raya termasuk Haikou, Danzhou, Wenchang, Qionghai dan Wanning, turut mempromosikan di situ industri-industri khas tempatan mereka, seperti pertanian cekap tropika, pelancongan dan penjagaan kesihatan.

Semasa acara itu, Hainan juga memperlihatkan teknik membuat broked daripada etnisiti Li, "Fosil Hidup bagi sejarah tekstil China" yang terkenal, dan terapi fizikal bagi perubatan China yang unik kepada wilayah itu. Pelancong di Pavilion China ditawarkan peluang untuk merasai kopi Hainan dan makanan tempatan. 
 
SUMBER : Hainan CCPIT
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=294653

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2017 MREM . All rights reserved.