ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​TACONIC BIOSCIENCES UMUMKAN PERKONGSIAN BERSAMA CERGENTIS B.V. UNTUK MENAWARKAN PERKHIDMATAN PEMETAAN TRANSGEN

Tuesday 15/08/2017



HUDSON, N.Y., 15 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Cergentis B.V. (“Cergentis”) untuk memanfaatkan teknologi Amplifikasi Lokus Disasarkan (TLA) syarikat bagi menyediakan perkhidmatan pemetaan transgen kepada pelanggannya.

Walaupun tikus transgenik dihasilkan melalui suntikan rawak pro-nuklear (PNI) terus menjadi alat kritikal dalam kajian bioperubatan, kelemahan yang jelas pada model ini adalah ketidakmampuannya untuk mengarahkan transgen kepada tapak penyepaduan khusus dalam genom. Cergentis telah membangunkan kaedah penjujukan generasi mendatang berdasarkan teknologi TLA mereka yang dipatenkan. Perkhidmatan Analisis Pemetaan Transgen (TgMA) Taconic memanfaatkan platform ini, menjadikan tugas menentukan lokasi tepat bagi transgen yang dimasukkan secara rawak lebih mudah. Selain daripada data penjujukan daripada Cergentis, Taconic menyediakan penterjemahan pakar khusus kepada garis transgenik, yang membawa kepada strategi pembiakan yang optimum.

"Teknologi TLA Cergentis membawa ciri-ciri model rodensia transgenik ke tahap yang baru. Teknologi ini membolehkan penentuan bagi tapak pemasukan transgen yang cepat dan boleh dipercayai di samping menyediakan data yang penting berkenaan integriti transgen itu sendiri serta potensi gangguan gen endogenus. Taconic kini boleh menyediakan penilaian yang tepat ke atas model trangenik dan menggunakan data TLA untuk merancang pengacukan dengan lebih baik untuk kajian pada masa depan, "ujar Dr. Jochen Welcker, pengarah biologi molekul dan pembangunan saintifik.

Komen CEO Cergentis, Max van Min: "Cergentis gembira dengan kerjasama ini. Taconic adalah pembekal yang terkemuka bagi model rodensia dan dengan memanfaatkan kedua-dua kepakaran kami, pelanggan tetap kami dilayan dengan lebih berkesan."

Taconic ialah pembekal berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model rodensia dan mempunyai pengalaman reka bentuk model selama dua puluh tahun. Syarikat ini menyediakan penyahaktifan gen, mutasi atau penggantian gen, ekspresi transgen, RNAi dan pengeditan gen melalui CRISPR-Cas9, suntikan pronuklear dan teknologi rekombinasi homologus untuk memastikan bahawa alat yang betul dimanfaatkan untuk setiap projek pelanggan khusus. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan yang lancar daripada proses reka bentuk sehingga pengurusan pembiakan dan koloni, memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Perkhidmatan saintifik ini termasuk pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, persediaan dan pengedaran model tereka bentuk secara genetik ke mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Cergentis berpusat di Belanda dan menyediakan perkhidmatan serta kit berdasarkan Teknologi Amplifikasi Lokus Disasarkan. Uniknya, TLA membolehkan sasaran penuh Penjujukan Generasi Mendatang dan pengesanan bagi Varian Nukleotida Tunggal serta perubahan struktur. Aplikasi utama TLA termasuk diagnosis genetik, onkogenetik, dan penjujukan bagi aktiviti pengeditan gen, transgen serta tapak integrasi antara lainnya dalam tanaman, sel dan model haiwan. Cergentis bekerja untuk syarikat farmaseutikal dan institut penyelidikan terkemuka di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi info@cergentis.com.   

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjanaan model tersuai Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, atau +45 70 23 04 05 di Eropah atau menghantar e-mel ke info@taconic.com.  

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences merupakan peneraju global yang berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan rodensia tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memperoleh, menjanakan secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga ke serata dunia. Sebagai pakar untuk model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan tersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Maklumat Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER : Taconic Biosciences

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.