|
|
|
 |
|
|
TUJUH KATEGORI PENYERTAAN AKAN DITAWARKAN PADA ANUGERAH KREATIF GATSBY KE-12, FESTIVAL KREATIF TERBESAR DI ASIA UNTUK PELAJAR
Tuesday 15/08/2017
AsiaNet 69628
OSAKA, Jepun, 14 Ogos, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Festival Kreatif Khas bagi Pelajar, Diadakan di 11 buah Negara & Wilayah di Asia – Mandom Corporation yang berpangkalan di Osaka, Jepun, mengumumkan pada 14 Ogos mengenai penganjuran ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 di 11 buah negara dan wilayah di seluruh Asia. GATSBY adalah sebuah jenama dandanan lelaki dari Mandom Corporation.
(Imej: http://prw.kyodonews.jp/img/201708104583-O1-2zT57yk6) Sebagai sebuah syarikat yang menyokong aktiviti kreatif pelajar, Mandom Corporation akan menganjurkan pertandingan kreatif ini bagi pelajar di seluruh Asia sebagai satu daripada pertandingan anugerah terbesar seumpama itu di rantau itu. Mana-mana pelajar di kawasan yang layak boleh menyertai dengan mudah untuk mendapat peluang memenangi sebuah anugerah dengan menggunakan Instagram atau web. Pemenang Hadiah Akhir yang mewakili setiap negara akan dijemput ke PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mac 2018, di Dewan Hikarie A, Bangunan Shibuya Hikarie 9F di daerah Shibuya, Tokyo. Sebagai kemuncak kepada festival kreatif pelajar, acara-acara pada sepanjang hari itu yang menjanjikan keseronokan akan diadakan apabila pelajar dari seluruh Asia ditawarkan peluang untuk mengungkapkan idea-idea secara bebas yang hanya dapat dihasilkan oleh pelajar, dipamerkan melalui pameran dan persembahan bagi hasil karya mereka.
Laman web rasmi ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12: http://award.gatsby.jp/12/ms/
ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12: Maklumat Am ANUGERAH KREATIF GATSBY adalah satu daripada pertandingan terbesar di Asia dan menawarkan satu peluang publisiti untuk pelbagai kandungan kreatif yang dihasilkan oleh pelajar. Bukan sahaja pelajar yang ingin menjadi pencipta dan penghibur isi kandungan tetapi juga pendatang baru kepada aktiviti kreatif seperti ini yang berminat untuk mencipta atau menzahirkan diri mereka boleh menyertai ANUGERAH itu dengan mudah jika mereka mendapat inspirasi oleh sebuah idea asal. ANUGERAH KREATIF GATSBY ke-12 - 3 Tema Utama:
1. Bergaya 2. Berseronok 3. Bertindak bersahaja Kategori Penyertaan: 1. IKLAN Pelajar Buat sebuah video/ iklan selama 15- atau 30-saat untuk kategori IKLAN Pelajar bagi produk GATSBY. Negara/ wilayah yang layak sertai: Kemboja, tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mongolia, Singapura, Taiwan, Thailand Penyertaan diterima: 1 September hingga 31 Oktober, 2017 2. SENI LUKIS Pelajar Untuk kategori SENI LUKIS pelajar, reka sama ada sebuah watak maskot atau sebuah poster iklan untuk produk GATSBY. Negara/ wilayah yang layak sertai: Hong Kong, Jepun, Malaysia Penyertaan diterima: 1 September hingga 31 Oktober, 2017 3. TARIAN Pelajar Untuk kategori TARIAN Pelajar, rakamkan sebuah video mengenai satu pertunjukan tarian solo selama 60 saat atau lebih pendek dan muat naik video itu ke dalam Instagram. Negara/ wilayah yang layak sertai: Kemboja, Indonesia, Hong Kong, Jepun, Malaysia Penyertaan diterima: 1 Disember, 2017, hingga 5 Januari, 2018 4. MUZIK Pelajar Untuk kategori MUZIK Pelajar, rakamkan sebuah video mengenai satu persembahan muzik yang berdurasi 60 saat atau lebih pendek dan muat naik video itu ke dalam Instagram. Negara/ wilayah yang layak sertai: Indonesia, Hong Kong, Jepun, Malaysia Penyertaan diterima: 1 Disember, 2017, hingga 5 Januari, 2018 5. FESYEN Pelajar Untuk kategori FESYEN Pelajar, muat naik sebuah gambar yang mengkoordinat pakaian/ fesyen anda ke dalam Instagram. Negara/ wilayah yang layak serta: Hong Kong, Jepun, Malaysia Penyertaan diterima: 1 Disember, 2017, hingga 5 Januari, 2018 6. TELEFON PINTAR Pelajar Untuk kategori TELEFON PINTAR Pelajar, muat naik sebarang foto terbaharu yang menunjukkan sesuatu yang menarik dan bergaya atau menyeronokkan ke dalam Instagram. Negara/ wilayah yang layak sertai: Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura Penyertaan diterima: 1 Disember, 2017, hingga 5 Januari, 2018 7. GAYA RAMBUT Pelajar Untuk kategori GAYA RAMBUT Pelajar, muat naik sebuah gambar sebelum dan selepas mengenai gaya rambut yang menarik dan bergaya ke dalam Instagram. Negara/ wilayah yang layak sertai: Kemboja, Indonesia, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura Penyertaan diterima: 1 Disember, 2017, hingga 5 Januari, 2018 Nota Khas mengenai Kelayakan: Pelajar (mana-mana kewarganegaraan) dari sebuah sekolah menengah tinggi, kolej teknikal, maktab rendah, universiti, atau sekolah siswazah yang terletak di setiap negara atau rantau yang layak Sumber: Mandom Corporation |
--BERNAMA |
|
|
|
|
|