KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan mengeluarkan emel notifikasi bayaran balik kepada pembayar cukai yang kini sedang berlegar di alam maya. Harap maklum bahawa lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara
Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC), Cek Berpalang dan
Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara). Imej emel palsu tersebut adalah seperti berikut:
Emel berkenaan juga mengkehendaki pembayar cukai untuk klik di pautan yang dilampirkan sebagai prosedur untuk menyemak kelayakan menerima bayaran balik cukai.
LHDNM menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam emel tersebut.
Pembayar cukai boleh menghubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDNM berhampiran untuk pengesahan terlebih dahulu bagi sebarang notifikasi yang diterima. Nombor talian cawangan LHDNM boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM
www.hasil.gov.my.
Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA