ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
  PELBAGAI PELUANG DIBIDANG STEM DENGAN KEBANGKITAN EKONOMI DIGITAL

Friday 11/08/2017


TPM mempamerkan infographic kerjaya STEM serta mempromosi prospek kerjaya yang wujud di bidang sains, teknologi dan inovasi.



MELAKA, 11 Ogos (Bernama) -- Peluang perniagaan dan kerjaya yang luas menanti generasi muda yang mengikuti pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM).

Dalam usaha untuk menggalakkan pelajar merebut peluang yang terdapat dalam pendidikan STEM, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dato' Ir. Mohd Azman Haji Shahidin berkata masyarakat Malaysia dan syarikat tempatan perlu menyesuaikan sains, teknologi dan inovasi terkini (STI) sejajar dengan perkembangan pesat ekonomi global berasaskan pengetahuan yang bergerak pantas ke era ekonomi digital.

Azman berkata dengan evolusi teknologi yang pesat, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk terus mengikuti perkembangan STI global.

"Transformasi pantas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah membolehkan perhubungan global hari ini mencapai kadar 80 peratus, sekali gus menjadikan dunia sebuah global village.

"Pembangunan Internet of Things (IoTs) bagi segmen perindustrian dan pengguna telah meningkatkan perkembangan teknologi pintar. Kini kita perlu mula bersiap-siagakan bidang perniagaan dan usahawan Malaysia untuk menempuh Revolusi Perindustrian ke-4, yang lebih dikenali sebagai Industry 4.0. Era Industry 4.0 yang akan menerajui perkembangan ekonomi digital dalam masa terdekat" katanya.

Sebagai pusat inkubasi teknologi utama, TPM berharap untuk memperkasa bidang teknologi di kalangan pelajar dan masyarakat di pameran dua hari di Karnival Kreativiti & Sains 4U yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bermula esok.
 
Dalam usaha memperkasakan pelajar dan masyarakat, TPM mempamerkan peluang pembangunan kerjaya STI yang direka khas untuk Karnival Kreativiti & Sains 4U. Ia juga memaparkan informasi kerjaya sains, teknologi dan inovasi (STI) yang memberikan maklumat mendalam mengenai prospek kerjaya dan peluang yang terdapat dalam bidang STI.

Di samping itu, TPM juga akan mempromosikan pelbagai perkhidmatan untuk pembangunan dan pengembangan keusahawanan dalam kelompok industri berteraskan bioteknologi, kejuruteraan lanjutan, ICT dan teknologi hijau.

Bagi rakyat Malaysia menghadapi landskap transformasi ekonomi global yang berubah pesat, Azman berkata ia tetap relevan bagi TPM untuk terus menggalakkan pelajar sekolah bagi menanam minat dan pemahaman yang lebih tinggi mengenai kepentingan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"TPM komited untuk memainkan peranan perkhidmatan sosial masyarakat bukan sahaja kepada penduduk bandar, tetapi juga kepada penduduk dan kanak-kanak di luar bandar. Adalah menjadi harapan kami agar golongan belia dan kanak-kanak sekolah, untuk merebut peluang melawat ruang pameran kami bagi mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai manfaat STI dan prospek kerjaya dalam bidang masing-masing, "katanya.

Pameran Karnival Kreativiti & Sains 4U yang dianjurkan MOSTI selama dua hari akan diadakan di Arena Petanque Hang Jebat, Pantai Kundur Kampung Gelam, Tanjung Kling Melaka, 12 & 13 Ogos dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Teknology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd


SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan   Perhubungan Pihak Berkepentingan
Tel : 603-8998 2020 
Faks : 603-8998 2110
Telefon Bimbit : 019-646 6258

Nama : Puan Intan Suraini Rosdi
Penolong Pengurus, Komunikasi Korporat
Tel : 603-8998 4019
Faks : 603-8998 2110
Telefon Bimbit : 019-2699611

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.