ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  USAHA MIDA SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN - KONICA MINOLTA MENERAJU INDUSTRI JEPUN UNTUK MELAKSANAKAN INDUSTRI 4.0 DI MALAYSIA

Thursday 10/08/2017



MELAKA, 10 Ogos (Bernama) -- YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah Pusat Perindustrian Pintar (SIC Melaka) di Taman Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Projek tersebut merupakan usaha sama antara Konica Minolta Business Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd (KMMY) dengan rakan kongsi perniagaan (nota 1) ,merupakan kluster perkilangan berkonsepkan perkilangan digital yang pertama di Malaysia.
 
Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Datuk Wira Othman Muhamad  (Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka), YB Datuk Seri Naim Abu Bakar (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka),  Kazushi Izuchi (Kaunselor Kedutaan Jepun di Malaysia), Encik Zabidi, Pengarah Eksekutif, Perancangan Strategik, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia – MIDA, mewakili YBhg. Dato 'Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA dan pihak pengurusan utama Konica Minolta Jepun dan Malaysia.
 
Mengucapkan tahniah kepada KMMY dan rakan perniagaannya untuk majlis pecah tanah SIC Melaka, YBhg. Dato 'Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA berkata, "Inisiatif syarikat untuk membangunkan SIC Melaka adalah dipuji kerana ia akan menyediakan platform untuk vendor tempatan KMMY, terutama syarikat Malaysia untuk mengaplikasikan perkilangan pintar (smart manufacturing). Melalui penubuhan ini, vendor tempatan akan mendapat manfaat melalui akses kepada kepakaran teknikal serta peluang untuk kerjasama teknikal dengan KMMY. Saya ingin menggalakkan lebih banyak syarikat multinasional asing (MNC) untuk mencontohi Konica Minolta dalam usahanya untuk membangunkan rantaian bekalan tempatannya, yang juga akan meningkatkan forward-and-backward linkages, mewujudkan pekerjaan yang berkualiti serta meningkatkan daya saing keseluruhan rangkaian bekalan tempatan. "
 
"Konica Minolta merupakan pelabur ideal yang terus menjana nilai untuk Malaysia dengan menyumbang kepada agenda negara. Kini, syarikat teknologi terkenal Jepun telah memilih Malaysia sebagai destinasi bagi kilang pembuatan terkini dan canggih bagi mengeluarkan ‘advanced copier machine, production printers and parts’. Malah, pada bulan Mac tahun lepas, KMMY telah menganjurkan Persidangan Pembekal yang pertama di Melaka, iaitu persidangan yang selalu diadakan di China sepanjang 10 tahun yang lalu. Majlis hari ini sangat dialu-alukan sebagai tambahan kepada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh KMMY, terutamanya apabila inisiatif itu selaras dengan hala tuju Malaysia,” kata Dato 'Azman.
 
SIC Melaka, dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$56 juta (tidak termasuk pelaburan atas kemudahan dan perkilangan digital), bakal bertindak sebagai pemangkin kepada sektor perkilangan yang lebih rancak di negeri Melaka. Untuk rekod, Melaka merupakan antara sepuluh penerima pelaburan terbesar yang diluluskan dalam sektor perkilangan pada tahun 2016. Sejumlah 23 projek perkilangan bernilai RM1.4 bilion telah diluluskan oleh MIDA tahun lepas, dengan potensi untuk menjana lebih daripada 2,200 pekerjaan untuk rakyat tempatan selepas dilaksanakan.
 
Di dalam gelombang Industri 4.0, Kerajaan Malaysia telah menggalakkan komuniti perniagaan, terutamanya syarikat tempatan untuk menggunapakai konsep dan teknologi automasi dan perkilangan pintar yang akan memberi mereka manfaat dari segi produktiviti dan daya saing. KMMY, pengeluar pertama di Malaysia untuk mengeluarkan multi-functional peripherals (MFPs), secara berterusan memperkenalkan cara pengeluaran terbaru dengan menggunakan perkilangan digital dengan tujuan  menghapuskan kelemahan yang wujud dalam perkilangan tradisional. Melalui usaha ini, KMMY akan memperluaskan konsep perkilangan digital kepada tujuh (7) pembekal / vendor, yang terdiri daripada syarikat asing dan tempatan.

Nota 1: Senarai syarikat rakan perniagaan KMMY seperti  Lampiran 1
 
MIDA
 
MIDA merupakan agensi promosi utama kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyelia dan memacu pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Memulakan operasi pada tahun 1967 dengan hanya 37 kakitangan, MIDA telah berkembang menjadi organisasi yang kukuh dan dinamik dan mempunyai lebih 700 pekerja. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA hari ini mempunyai 12 pejabat daerah dan 23 pejabat di luar negara. Tahun ini selaras dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya, MIDA terus menjadi rakan strategik kepada perniagaan dalam merebut peluang yang muncul daripada revolusi teknologi era ini.
 
SUMBER: Malaysian Investment Development Authority (MIDA) 
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Haffizam Abu Seman
Pengarah MIDA Melaka
Tel: 06-232 2877
Emel: haffizam@mida.gov.my/ melaka@mida.gov.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.