|
|
|
|
|
|
AGROBANK JALIN USAHASAMA STRATEGIK BERSAMA KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) UNTUK PEMANTAPAN INDUSTRI PERTANIAN
Thursday 10/08/2017
Profesor Dr Faridah hanam (tudung merah jambu) Naib Canselor Universiti Kolej Agrosains Malaysia, bertukar dokumen memorandum bersama Dato |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Agrobank hari ini menandatangani perjanjian kolaborasi strategik bersama Kolej Universiti Agrosains Malaysia atau UCAM. Perjanjian strategik ini khusus untuk usaha mewujudkan 'cashless campus' (kampus tanpa tunai) dan usaha mengalakkan penglibatan golongan muda yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan teknikal dalam bidang pertanian.
Melalui kolaborasi strategik ini, Agrobank menawarkan pengurusan penyelesaian tunai (cash management solution) kepada penuntut UCAM menerusi platform e-kampus yang menjurus kepada konsep transaksi bayaran tanpa tunai atau “cashless” dengan hanya menggunakan penggunaan kad pintar pelbagai fungsi yang menggabungkan ciri-ciri kad debit dan kad ID pelajar/kakitangan UCAM.
Kad pintar pelbagai fungsi ini boleh digunakan bukan sahaja untuk pengeluaran wang di ATM tetapi juga untuk semua urusan transaksi pembayaran termasuklah pembayaran yuran pelajar, pembayaran balik pinjaman, pembayaran bil elektrik, pembayaran bil makanan di kafé dan pelbagai khidmat lain yang bukan sahaja dapat digunakan di dalam, malah di luar kampus.
Selain dari itu, Agrobank turut menawarkan program pembangunan bina insan kepada penuntut UCAM khusus bagi memperkasakan industri pertanian menerusi pemantapan golongan pelapis dengan memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai industri pertanian menerus pelbagai program yang ditawarkan oleh pihak bank.
Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank, sebagai sebuah bank yang sentiasa prihatin dan sensitif dengan keperluan komuniti pertanian, Agrobank sentiasa komited dalam melahirkan tenaga muda yang mampu mengeluarkan idea-idea baharu untuk pembangunan industri pertanian.
“Kepentingan generasi muda amat dititik beratkan dan menerusi usahasama ini juga, selain dari pemantapan dari segi fasiliti pelajar dan, Agrobank turut menawarkan peluang-peluang kepada pelajar cemerlang UCAM untuk menjadi warga kerja Agrobank dan diserap masuk untuk menjalani latihan industri di jabatan-jabatan terpilih di Agrobank, seperti Jabatan Perancangan Korporat dan Strategi, Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan Industri, Jabatan Perniagaan dan jabatan-jabatan berkaitan terpilih yang lain.
Agrobank sebelum ini telah berkolaborasi dengan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan lain antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti SEGI.
Mengenai Agrobank Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian Negara. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang komprehensif bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
Dengan 47 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 187 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.
SUMBER : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Nama : Ainul Rofidza Ibrahim Jabatan Komunikasi Korporat Tel : 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-225 8210
Nama : Syuhada Abdul Rais Jabatan Komunikasi Korporat Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|