ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  HALFEST ASEAN 2017 MENSASARKAN 100,000 PENGUNJUNG

Thursday 10/08/2017



SERI KEMBANGAN, 10 Ogos (Bernama) -- Ekspo Halal terbesar Malaysia, HALAL FIESTA ASEAN (HALFEST ASEAN 2017) akan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos dan dijangka menerima 100,000 pengunjung. Lebih daripada 550 ruang pameran dan 6,000 produk dan perkhidmatan Halal inovatif dan berkualiti akan dipamerkan. HALFEST ASEAN juga akan menganjurkan pelbagai program khusus perdagangan dan kepenggunaan halal untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat di Malaysia dan di rantau ASEAN selama lima hari.

HALFEST ASEAN dianjurkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC), agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyelaras pembangunan dan promosi industri halal Negara secara komprehensif dan teratur. Tujuan utama HALFEST ASEAN adalah sebagai platfom utama untuk  menyediakan usahawan tempatan menjadi “Halal Champions” dan dapat menemusi pasaran antarabangsa.  

HALFEST ASEAN juga adalah sebahagian daripada peranan HDC melalui pembangunan kapasiti dan program pemupukan bagi penyediaan usahawan-usahawan halal tempatan untuk menyertai MIHAS (Malaysia International Halal Showcase).

Buat julung kalinya melalui HALFEST ASEAN, HDC telah berkolaborasi dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan matlamat utama untuk meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam industri yang berpotensi luas ini. Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah program pembangunan produk dengan fokus kepada inovasi dan kreativiti dengan memperkenalkan Cabaran Superb Halal Chefpreneur 2017. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat usahawan tempatan dengan mengetengahkan idea-idea produk berinovasi yang mempunyai peluang untuk pengkomersilan.

Semua rakyat Malaysia disarankan untuk tidak melepaskan peluang untuk mengunjung HALFEST ASEAN kerana ia adalah satu platfom komprehensif untuk produk dan perkhidmatan halal. Pengunjung juga boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan halal dengan diskaun hebat. Di samping itu, HALFEST ASEAN juga menyediakan banyak aktiviti untuk seisi keluarga. Bertepatan dengan konsep gaya hidup halal yang ingin diterapkan kepada masyarakat umum, Program Halal Cilik turut diadakan khas untuk kanak-kanak sekolah di mana konsep halal diperkenalkan secara santai dan interaktif.

Selain daripada itu, Bubu’s World pula, kanak-kanak dapat berjumpa dengan mascot dan bouncing castle. Untuk tarikan seisi keluarga, demo masakan oleh chef-chef terkenal, demonstrasi produk, pocket talks dan sebagainya turut diadakan.

Acara lain termasuk, Klinik Halal Malaysia akan dianjurkan di mana usahawan tempatan dapat mempelajari serta mengukuhkan pensijilan Halal mereka untuk mengukuhkan kedudukan dan pemasaran produk dan perkhidmatan halal di kalangan rakyat Malaysia.

Selain daripada memenuhi keperluan harian, orang ramai juga akan dapat menikmati pelbagai makanan dari Malaysia dan antarabangsa di HALFEST ASEAN Street Food. 

HALFEST ASEAN 2017 adalah kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta yang terdiri daripada organisasi berikut :
                                   
- Dihos oleh: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Dianjurkan oleh: Halal Industri Development Corporation (HDC)
- Dengan kerjasama strategik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)
- Disokong oleh: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB)
- Dianjurkan Bersama dan Diuruskan oleh: SHAPERS Malaysia Sdn Bhd

UNTUK PENDAFTARAN MEDIA HALFEST ASEAN 2017 SILA LAYARI: www.halal.com.my  

SUMBER : SHAPERS Malaysia Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Norsida Ahmad
Perhubungan Awam & Media, Jabatan Promosi dan Penjenamaan
HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)
Tel : +603 7965 5530
Faks: +603 7965 5500
Emel: norsida.ahmad@hdcglobal.com

Nama : Preshath Murthi
Jabatan Perancangan & Perhubungan Awam
Sekretariat ASEAN HALFEST
Tel : +6 016 414 0295
Emel : pr@halal.org.my / preshath@halal.org.my

--BERNAMA 


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.