ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BROADSOFT TERSENARAI DALAM CONSTELLATION SHORTLIST™ UNTUK PEMESEJAN KUMPULAN PERUSAHAAN

Thursday 10/08/2017



Aplikasi BroadSoft Business UC-One® Dianugerahkan sebagai Salah Satu daripada Tujuh Penyelesaian Pemesejan Kumpulan Perusahaan
 
GAITHERSBURG, Md., 10 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ: BSFT), peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk PBX awan, komunikasi bersatu dan pembekal kolaborasi pasukan dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan bahawa aplikasi BroadSoft Business UC-One® disertakan dalam Constellation ShortList™ untuk penyelesaian pemesejan kumpulan perusahaan pada S3 2017. Constellation ShortList™ menyenaraikan vendor dalam kategori yang berlainan bagi pasaran yang berkaitan dengan pengguna awal. Penyertaannya itu menandakan BroadSoft sebagai pembekal utama alat pemesejan di pasaran dan pengaruhnya terhadap cara manusia ingin berkomunikasi di tempat kerja.
 
"Kami gembira kerana aplikasi UC-One telah dikenal pasti oleh Constellation sebagai peneraju dalam industri pemesejan perusahaan sekali lagi," kata Taher Behbehani, ketua pegawai digital dan pemasaran, BroadSoft. "Memandangkan masa depan kerja terus maju, kami percaya bahawa portfolio BroadSoft Business kami bagi penyelesaian komunikasi awan dan kolaborasi pasukan akan terus membuka kunci produktiviti yang lebih besar untuk pelanggan kami dan pekerja mereka saling berhubung, berkomunikasi dan bekerjasama merentasi saluran."
 
Constellation menasihatkan pemimpin dan pasukan agar memanfaatkan teknologi yang mengganggu untuk mencapai transformasi model perniagaan. Produk dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam Constellation ShortList memenuhi kriteria ambang untuk kategori ini seperti yang ditentukan oleh Constellation Research melalui pertanyaan klien, perbualan rakan kongsi, rujukan pelanggan, projek pemilihan vendor, bahagian pasaran dan penyelidikan dalaman.  Constellation ShortList kerap dikemas kini apabila keadaan pasaran berubah.
 
"Masa yang sesuai (the right timing), pasukan (team) dan teknologi (technology) adalah tiga T untuk mencipta model perniagaan digital untuk mencapai kejayaan transformasi digital," ujar R "Ray" Wang, pengerusi dan pengasas Constellation Research. "Setiap Constellation ShortList, dikaji dan dikawal oleh penganalisis kami, memberi panduan kepada pengguna awal dalam mengenal pasti teknologi yang betul untuk membina program yang berjaya dan berdaya saing."
 
UC-One adalah aplikasi daripada portfolio BroadSoft Business yang menyediakan perkhidmatan telefon perniagaan bersepadu, pemesejan dan kehadiran, persidangan audio dan video, perkongsian skrin, perkongsian fail, bilik mesyuarat maya dan banyak lagi. Penyelesaian ini menyediakan komunikasi bersatu awan mudah alih pertama yang canggih untuk perniagaan bagi semua saiz. Pengguna boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan sekerja, rakan kongsi dan pelanggan tanpa mengira lokasi atau peranti. BroadSoft Business adalah portfolio bersepadu penuh bagi komunikasi bersepadu awan perusahaan sedia, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat hubungan, dihantar dalam awan.
 
Ketahui lebih lanjut mengenai BroadSoft UC-One, penyelesaian komunikasi bersatu dan kolaborasi pasukan di sini.
 
Mengenai BroadSoft
 
Broadsoft adalah penginovasi teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersatu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan pembekal perkhidmatan di 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersatu awan dengan platform terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 penyedia perkhidmatan terbaik dunia mengikut pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami memperkasakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan berkerja untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.
 
Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog
 
Penafian
Constellation Research tidak mengesahkan sebarang penyelesaian atau perkhidmatan yang dinamakan dalam penyelidikannya.
 
Mengenai Constellation Research
Constellation Research adalah syarikat penasihat strategik dan penyelidikan futuris yang berpangkalan di Silicon Valley. Penganalisis Constellation berfungsi sebagai penasihat inovasi kepada pemimpin dan organisasi Global 2000 untuk mengemudi cabaran gangguan dan transformasi perniagaan model. Tidak seperti firma penganalisis warisan, Constellation bekerja rapat dengan penyedia penyelesaian, rakan kongsi, dan Constellation Executive Network bagi peneraju bahagian pembeli inovatif, eksekutif suite C dan lembaga pengarah untuk memimpin dalam ruang lingkup teknologi yang mengganggu dan penyelidikan. Matlamatnya adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi mencapai hasil perniagaan yang bernilai.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Constellation Research, sila lawati www.ConstellationR.com.

Matter for BroadSoft
Erin Knapp
Matter
617-502-6546
broadsoft@matternow.com
 
BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com
 
Constellation Research
Aubrey Coggins
Press@Constellationr.com
 
Sumber : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.