ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT EXIM BANK DI PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH SEMPENA HARI GAJAH SEDUNIA

Thursday 10/08/2017



PAHANG, 10 Ogos (Bernama) -- Dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat alam sekitarnya, EXIM Bank akan menyebarkan maklumat mengenai gajah, perwatakan, habitat semulajadi dan isu-isu yang dihadapi oleh populasi gajah secara umum. Program ini juga merupakan usaha EXIM Bank untuk mendidik orang ramai serta mewujudkan kesedaran tentang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah.
 
EXIM Bank telah mengambil beberapa inisiatif dalam penyebaran maklumat mengenai gajah menerusi pengiklanan media cetak bagi kesedaran awam bermula dari 8 Ogos hingga 12 Ogos bertepatan dengan Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos 2017. Ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, PKGK Kuala Gandah dan media.
 
Beberapa acara juga telah diatur oleh PKGK Kuala Gandah sempena Hari Gajah Sedunia pada hari Sabtu ini antaranya pertandingan mewarna, kenduri gajah, ‘elephant talks’, ‘treasure hunt’ dan pertandingan fotografi menggunakan telefon pintar. Orang ramai dijemput hadir ke PKGK Kuala Gandah dan masuk adalah percuma.
 
Tergolong dalam Famili Elephantidae, Order Proboscidae, gajah merupakan mamalia darat yang terbesar dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Gajah Asia boleh membesar sehingga 2.5 hingga 3 m ketinggiannya dan mencecah berat sehingga 5,000 kg. Gajah merupakan antara mamalia yang mempunyai sifat pintar, sensitif dan empati. 
 
Kehilangan dan fragmentasi habitat adalah ancaman utama terhadap populasi gajah di Malaysia. Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah, iaitu habitat utama gajah, telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada penurunan populasi gajah.
 
Gajah memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia kerana ia menyumbang kepada kestabilan ekosistem dimana ia membolehkan pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan yang lain hidup dalam persekitaran tersebut. Kepupusan populasi gajah akan menjejaskan biodiversiti alam sekitar dan akan menyebabkan habitat menjadi huru-hara.
 
Acara pada pagi ini dimulakan dengan pelancaran sumbangan oleh EXIM Bank yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mat Noor Nawi, Pengerusi EXIM Bank. Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah membaik pulih pusat maklumat PKGK Kuala Gandah dengan informasi terkini berkenaan gajah berbentuk poster, papan tanda, risalah pelawat dalam dwibahasa dan sumbangan kaki palsu untuk gajah betina bernama Selendang yang kudung kaki kirinya akibat jerat dawai.   

Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah En. Nasharuddin Othman, Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pengurusan Kanan EXIM Bank. Usaha sebegini menandakan satu lagi pencapaian oleh EXIM Bank dalam usaha untuk menambah baik program tanggungjawab sosial korporat di masa hadapan.
 
Lokasi Kuala Gandah

Table
 
Dari Kuala Lumpur gunakan Lebuhraya Karak / Lebuhraya Pantai Timur (E8) sehingga keluar di Plaza Tol Lanchang (Exit 816). Selepas tol Lanchang, belok kanan di simpang dan ikuti papan tanda di sepanjang perjalanan melalui Kg. Bolok serta perkampungan Orang Asli. Pada hujung jalan tersebut anda akan tiba di pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam dengan perjalanan sejauh lebih kurang 120 km dari Kuala Lumpur.
 
MENGENAI EXIM BANK

Eksport-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank) telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 sebagai sebuah institusi pembangunan kewangan kerajaan melalui subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Bank ini ditubuhkan bagi mempromosikan pelaburan berbalik dan eksport bagi sektor strategik seperti barangan modal, projek infrastruktur, perkapalan, produk pengeluaran bernilai tambah dan bagi memudahkan kemasukan syarikat-syarikat Malaysia ke dalam pasaran baru, terutamanya pasaran bukan tradisional.
 
SUMBER: Eksport-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : Azmin Hamzah
Vice President II
Communications & Stakeholder Management Department
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
Level 1, EXIM Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel  : +603 2601 2371
HP : +6012 218 9052
Faks  : +603 2601 2469
Emel  : azmin@exim.com.my
Laman web : www.exim.com.my
 
Nama : Mohd Ronnee Osman
Manager
Communications & Stakeholder Management Department
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
Level 1, EXIM Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel  : +603 2601 2397
HP : +6019 228 3565
Faks  : +603 2601 2469
Emel  : mronneeosman@exim.com.my  
Laman web : www.exim.com.my
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.