ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MORI BUILDING LANCAR PEMBINAAN MENARA PEJABAT DI JAKARTA PUSAT

Thursday 10/08/2017



— Projek gred premium yang pertama oleh Syarikat itu di Asia Tenggara —


TOKYO, 10 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pembinaan sebuah menara pejabat bergred utama setinggi 59 tingkat di kawasan Sudirman di Jakarta, Indonesia. Projek Menara Pejabat Jakarta (nama tentatif) itu, usaha pertama oleh Mori Building di Asia Tenggara, akan dibuka pada tahun 2021.

Menara Pejabat Jakarta itu bakal menjadi sebuah mercu tanda baharu di Jakarta. Ia terletak begitu sesuai di tengah-tengah Segitiga Emas, bersebelahan dengan persimpangan Semanggi dan Jejambat Semanggi yang baharu di Jalan Sudirman, jalan utama di daerah pusat perniagaan di bandar raya itu. Menara itu adalah kira-kira 266 meter dan menawarkan kira-kira 190,000 meter persegi ruang pejabat, restoran dan kafe yang berkualiti tinggi, dan ruang letak kereta dengan keselamatan yang mantap. Projek itu dijangka mendapat Anugerah Platinum BCA Green Mark, satu daripada penilaian paling tinggi untuk impak dan prestasi alam sekitar.

Pembinaan sedang dijalankan bersama oleh Shimizu Corporation, kontraktor utama Jepun, dan Bangun Cipta Kontraktor, sebuah firma pembinaan tempatan. Reka bentuk menara itu dibuat oleh Kohn Pedersen Fox Associates (KPF), firma seni bina terkenal yang berpangkalan di New York yang juga telah mereka bentuk Menara Mori Roppongi Hills milik Mori Building dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai.

Melangkah ke hadapan, Mori Building berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran pembangunan bandarnya yang luas, yang diusahakan melalui pelbagai projek di Tokyo dan Shanghai, untuk menyumbang kepada kemajuan Jakarta.

Mori Building menubuhkan pejabatnya di Singapura pada Mei 2016 sebagai sebuah pangkalan antarabangsa bagi penyelidikan pasaran dan pembangunan perniagaan yang memberi tumpuan kepada pusat-pusat bandar di rantau Asia Tenggara yang pesat berkembang.

Maklumat mengenai Mori Building

Mori Building adalah sebuah pemaju bandar yang berinovatif yang berpusat di Tokyo. Syarikat itu komited untuk memaksimumkan kuasa magnet bagi bandar raya dengan mewujud dan memupukkan pusat-pusat bandar yang selamat, mampan dan kosmopolitan berasaskan kepada konsep Bandar Raya Taman Menegak yang unik di pusat-pusat bertingkat tinggi untuk perniagaan, pendidikan, percutian dan kediaman. Konsep itu diterapkan di dalam banyak projek terkemuka di syarikat itu, termasuk ARK Hills, Roppongi Hills dan Toranomon Hills di Tokyo dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Mori Building juga terlibat di dalam pajakan hartanah, pengurusan projek dan perundingan. Sila layari www.mori.co.jp/en

Kerangka Projek
 
Lokasi: Jakarta, Indonesia
Kawasan Tapak: 8,484 meter persegi
GFA: Kira-kira 190,000 meter persegi
Ketinggian: Kira-kira 266 meter; 59 tingkat dan empat tingkat bawah tanah
Kegunaan: Pejabat, restoran dan kafe, dan tempat letak kereta
Struktur: Struktur bercampur konkrit bertetulang keluli (SRC) dan keluli
Arkitek Projek: Mori Building Co., Ltd.
Arkitek Reka Bentuk: Kohn Pedersen Fox Associates (KPF)
Kontraktor yang membina reka bentuk: Shimizu Corporation dan Bangun Cipta Kontraktor
Tamat Pembinaan: 2021
 

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51597752&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media
Mori Building
(Cik) Priscilla Mayumi Purro, +81-3-6406-6606
koho@mori.co.jp
atau
Weber Shandwick
(Cik) Rutsuko Nakajima, +81-80-1037-7879
moribldg@webershandwick.com
 
Sumber: Mori Building Co., Ltd.

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51597752&lang=en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.