ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : PENJELASAN MENGENAI PEROLEHAN AMBULANS

Wednesday 09/08/2017



PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.

Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat.

Sekian.

Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Abdul Rahman
Tel : 03-8883 3470 / 013-399 7025
Emel : n.suzaman@moh.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.