ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BIMB HOLDINGS BERHAD MELANTIK KHAIRUL KAMARUDIN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU

Tuesday 08/08/2017


Khairul Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Holdings Berhad



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- BIMB Holdings Berhad (“BHB”), kumpulan perkhidmatan kewangan terunggul Malaysia, hari ini mengumumkan perlantikan  Encik Khairul Kamarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.  Perlantikan beliau berkuat kuasa esok, Rabu, 9 Ogos 2017. 
 
Encik Khairul juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat milik penuh BHB, Bank Islam Malaysia Berhad, jawatan yang dipegang oleh beliau pada 14 Jun 2017.
 
Pengalaman Encik Khairul dalam dunia korporat Malaysia menjangkau lebih 21 tahun termasuklah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers (Malaysia) Sdn Bhd dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan beliau terlibat dalam pelbagai bidang dan operasi seperti audit, jaminan perniagaan, pengurusan aset dan pemulihan.
 
Beliau menyertai Bank Islam pada tahun 2005 dan memainkan peranan penting dalam menerajui pemulihan aset semasa tahun-tahun pemulihan dan transformasi Bank Islam.  Beliau instrumental dalam pencitraan semula perniagaan runcit Bank dengan memperkenalkan pendekatan jualan yang agresif dan menggalakkan budaya prestasi berasaskan risiko.
 
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2016 dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan dan keuntungan keseluruhan semua bahagian perniagaan seperti perbankan Pengguna, Komersil, Korporat, Perbendaharaan, Deposit dan Pasaran Modal. Beliau juga memainkan peranan penting dalam prestasi keseluruhan Operasi, Teknologi, Jenama dan Komunikasi Pasaran serta Hubungan Strategik Pelanggan.
 
Beliau adalah ahli pengamal Association of Chartered Islamic Finance Professional dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Anglia University, UK.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.bimbholdings.com 
 
Mengenai BIMB Holdings Berhad
 
BIMB Holdings Berhad (“BHB”) adalah Syarikat Pemegangan Kewangan Islam yang pertama yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. BHB diperbadankan di Malaysia pada 20 Mac 1997, dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 16 September tahun yang sama. Anak-anak syarikat utama Kumpulan BHB merupakan pelopor dalam pelbagai perkhidmatan kewangan Islam termasuklah perbankan, takaful, dagangan saham, dan lain-lain perkhidmatan berkaitan iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan BIMB Securities Sdn. Bhd. 

Dikeluarkan oleh : Komunikasi Korporat Kumpulan, BIMB Holdings Berhad 

Sumber : BIMB Holdings Berhad 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad /Bank Islam Malaysia Berhad 
Tel : +603 – 27821232
Faks : +603 – 20888110
Emel : wnorkhairi@bankislam.com.my 

Nama : Omar Atin
Hubungan Media & Editorial
Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad / Bank Islam Malaysia Berhad 
Tel : +603 – 27812943 / +6019 – 3919144
Faks : +603 – 27812998
Emel : omar@bimbholdings.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.